73342

Fesyen Selebriti di Anugerah Planet Muzik 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anugerah yang mengiktiraf muzik Melayu dan Indonesia serantau, iaitu Anugerah PLanet Muzik 2017 (APM2017) baru sahaja berlangsung di Singapura. Pihak Suria turut sama menerima undangan dan berkesempatan berada di tempat acara sepanjang penganjuran.

Selain menyaksikan persembahan mantap para artis dari Malaysia, Singapura serta Indonesia, kami juga sempat menjenguk busana yang telah digayakan oleh artis yang hadir. Ada yang bertukar pakaian sebanyak dua kali kerana menggayakan persalinan yang berbeza sewaktu berjalan di karpet merah dan sewaktu membuat persembahan.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar artis yang hadir pada malam gilang-gemilang tersebut.

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-4
Pemenang besar dari Singapura Aisyah Aziz kelihatan anggun dan seksi dalam gaun putih sewaktu di karpet merah.

 

whatsapp-image-2017-10-16-at-12-01-36-am
Aisyah Aziz dalam persalinan kedua rekaan Tengku Syahmi yang lebih ranggi selepas membuat persembahan dan memenangi anugerah

 

screen-shot-2017-10-15-at-11-12-50-am
Pemenang Anugerah Khas Planet Muzik Ratu Rock Malaysia Ella kelihatan anggun dalam busana serba putih rekaan Fizi Woo

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-34-pm-2
Nabila Huda memilih warna ceria dalam persalinan pertama

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-34-pm
Nabila Huda tampak anggun dalam persalinan kedua selaku pengacara bersama

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-35-pm-1
Salah seorang pemenang malam tersebut, Ayda Jebat juga kelihatan cantik dalam busana pilihannya

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-31-22-pm-1
Wany Hasrita kelihatan cantik dalam warna biru gelap

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-35-pm-2
Hael Husaini dalam persalinan pertama sewaktu di karpet merah

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm
Hael Husaini memakai busana rekaan Rizman Ruzaini sewaktu men’jampi’ penonton

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-6
Kila Fairy turut memilih warna putih dan berseluar panjang selaku penyampai anugerah

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-31-22-pm-2
Aiman Tino bersut kuning rekaan Ooi Couture
whatsapp-image-2017-10-15-at-11-40-03-pm-1
Turut memilih warna kuning adalah pelakon jelita dari Singapura Hanna Delisha yang juga membawa pulang satu anugerah
whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-34-pm-4
Pengacara dari Singapura Shenty Feliziana kelihatan anggun dalam busana Fatimah Mohsein

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-31-22-pm
Farid Kamil bersut biru kelihatan segak digandingkan bersama pelakon Singapura Sofia Dandroff sebagai penyampai anugerah

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-40-03-pm
Ara Johari turut hadir malam tersebut sebagai calon

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-34-pm-5
Penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati
whatsapp-image-2017-10-15-at-11-40-03-pm-2
Penyanyi kegilaan ramai, Afgan kelihatan segak bersut kelabu petak

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-30-35-pm
Pemenang Anugerah Rentas Planet Maher Zain memilih sut hitam penuh dengan topi

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-7
Ismail Izzani turut bersut penuh kelabu kotak sedondon dengan ibunya, Datin Suliza Salam
whatsapp-image-2017-10-16-at-12-23-27-am
Janna Nick juga bersut sebagai penyampai anugerah

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-3
Seorang lagi penyampai anugerah Izzue Islam tampan bersut lengkap dengan tali leher

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-2
Sufie Rashid dalam persalinan pertama sewaktu berjalan di atas karpet merah

 

whatsapp-image-2017-10-15-at-11-53-28-pm-1
Sufi Rashid dalam persalinan kedua yang lebih sesuai dengan imejnya sewaktu membuat persembahan

 

Warga kerja Suria telah diterbangkan ke Singapura oleh syarikat penerbangan Scoot. (Terima Kasih pihak Scoot)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!