Semalam telah berlangsung majlis anugerah gilang gemilang iaitu Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang berlangsung di Dewan PWTC Kuala Lumpur.

Apabila bercakap mengenai majlis anugerah, pasti fesyen-fesyen yang digayakan oleh para selebriti tempatan menjadi tumpuan dan bualan.

Tahun ini ASK2018 mengangkat tema ‘Black Tie’ dan Elegan yang begitu sinonim dengan acara anugerah berprestij.

Jom kita kita lihat antara fesyen-fesyen yang digayakan oleh para selebriti terkenal tanah air.

1. Amyra Rosli

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian ini  juga menurut SURIA pemenang bagi pakaian terbaik pada malam itu. Amyra kelihatan bagaikan Cinderella versi moden dalam gaun sarat labuci ilham pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini. Gaun labuh berkilau berwarna warni kelihatan sungguh unik dan melekap cantik pada tubuh langsing Amyra. 

2. Zahirah McWilson

Rasanya dalam banyak-banyak majlis anugerah yang pernah dihadiri Zahirah, penampilan di ASK2018 inilah gaya terbaik gadis bertubuh tinggi lampai ini. Zahirah tampil memukau memakai gaun berona merah terang rekaan Rizman Ruzaini. Gaun berpotongan duyung itu tersarung cantik di atas tubuh Zahirah yang renjong bak model antarabangsa. Penampilan Zahirah pada malam itu membias aura Hollywood Glam!

3. Siti Elizad

Kali ini pelakon tinggi lampai ini tampil berbeza untuk acara karpet merah. Elizad tampil anggun dalam gaun putih potongan ‘princess’ yang cukup minimalis rekaan Asyraf Ariff Couture. Namun perincian di bahagian leher dan potongan bahu tinggi merupakan ‘highlight’ untuk ‘look’ ini.  Kemas dan bersih!

4. Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon ini jarang mengecewakan di acara karpet merah. Untuk ASK2018, Nabila menyarung gaun rona silver rekaan pereka kesayangannya iaitu Ezuwan Ismail. Ezuwan bijak menyuaipadankan warna silver dan hitam untuk memberikan aura elegan dan glamor kepada Nabila.

5. Elly Mazlein

Sebagai penyampai anugerah pada malam tersebut, Elly tahu apa yang harus digayakannya di atas pentas. Elly tampil memukau dengan gaun berona merah jambu kusam sarat perincian rekaan Jimmy Couture. Potongan ‘hour glass’ menyerlahkan lagi tubuh montok Elly. Gaya rambut dan solekan juga kena dengan gaun yang dipakai. Meletup pom pom!

6. Izara Aishah

Hadir sebagai calon utama, Izara mencuri tumpuan dengan gaun berpotongan ala sari rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini. Wajah ditatarias indah dengan solekan minimalis menyerlahkan lagi wajah Izara yang tersedia jelita.

7. Datin Diana Danielle

Saat melangkah ke permaidani merah, aura Datin Diana Danielle benar-benar terasa. Datin Diana tampil memukau dengan gaun labuh sarat perincian dari Bhawna Navneet. Solekan dan dandanan rambut yang ‘edgy’ adalah kunci kejayaan bagi keseluruhan ‘look’ Datin Diana pada malam itu.

8. Tasha Shilla

Lama tidak nampak kelibat aktres cantik ini di acara permaidani merah. Namun Tasha membuat ‘come back’ dengan Jaya! Tasha hadir memakai gaun labuh berona putih yang melekap cantik pada tubuh langsingnya. Solekan dan dandanan rambut yang sangat ‘simple’ benar-benar menyerlahkan kejelitaan Tasha.

9. Ika Nabella

Semakin bijak dalam berfesyen. Ika tampil anggun dalam gaun serba hitam rekaan Meg Lifestyle. Benar lah bagai dikata ‘less is more’ dan ‘you will never go wrong with black’, Ika telah membuktikannya! Cukup sekadar memakai anting-anting berlian untuk melengkapkan keseluruhan ‘look’. Voila!

10. Nad Zainal

Bertubuh genit bukan penghalang untuk anda kelihatan gah di permaidani merah mahupun di atas pentas berprestij. Lihat sahaja gaya Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK2018 ini. Nad bijak memilih apa yang kena untuk tubuh kecil molek sepertinya. Gaun hitam paras buku lali dengan suntikan elemen traditional adalah paling tepat untuk dipakai Nad pada malam itu. Trofi kemenangannya adalah aksesori terbaik Nad kerana padan dengan motif songket yang dipakainya. Tahniah Nad Zainal

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!