90345

Fesyen Selebriti Yang Menjadi Perhatian Di ABPBH31 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH edisi ke 31 yang bertempat di Putrajaya. Majlis anugerah adalah antara medan selebriti tanah air serta pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti mereka dalam berfesyen.

Antara fesyen serta gaya selebriti yang menjadi bualan ialah Nur Fazura yang menyarung gaun kuning beropol di belakang, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memukau dalam gaun hijau emerald sarat perincian,, Alha Alfa menyarung sut berwarna pelangi, Erma Fatima yang memakai topi bersaiz besar serta ramai lagi.

Jom kita lihat gaya-gaya selebriti popular di ABPBH31 ;

Nur Fazura – Melangkah ke dalam dewan penuh bergaya dalam balutan gaun labuh kuning terang beropol di belakang rekaan pereka duo Rizman Ruzaini. Gaya rambut luruh lepas paras bahu benar-benar menyerlahkan aura fashionista yang disandang Fazura. Trivia yang mungkin ramai tidak tahu, rambut itu adalah rambut palsu! Namun kelihatan seperti rambut asli tatkala digayakan oleh Fazura. Fazura memang seorang yang sukakan gaya less is more! Namun masih kelihatan gah tanpa perlu sarat perincian gemerlapan! Wajahnya pula dirias cantik oleh KF Bong dengan solekan minimalis. Such a doll!

Datuk Seri Siti Nurhaliza – Memukau seluruh dewan dengan gaun hijau emerald sarat perincian manik mengurai rekaan pereka fesyen kesayangan beliau iaitu Rizman Ruzaini. Menjadi bintang yang membuat persembahan di atas pentas, gaun hijau itu benar-benar  kelihatan ‘hidup’! Pancaran lampu yang meyimbah ke arah gaun beliau menaikkan lagi gemerlapan seorang superstar. SURIA juga obses dengan solekan Datuk Seri pada malam itu yang kelihatan bagaikan anak patung! Khabarnya Datuk Seri Siti menyolek wajahnya sendiri pada malam itu! Wow!

Fasha Sandha – Sering memilih Rizman Ruzaini untuk mereka persalinannya setiap kali hadir ke anugerah besar, tahun ini sekali lagi Fasha memilih pereka duo popular. Fasha tampil memukau dengan gaun hitam sarat perincian manik kristal tabur ditambah dengan renda net di bahagian bahu. Sebagai salah seorang panyampai anugerah pada malam itu, gaun yang dipakai Fasha kelihatan sangat menyerlah di atas pentas! Taburan manik kristal itu kena dengan tema infiniti!

Alha Alfa – Nama jurusolek terkenal ini mula menjadi buala apabila beliau menjadi penaja utama ABPBH31. Jenama kosmetik Alha Alfa merupakan satu kejayaan besar buat jejaka berkulit cantik ini. Semalam sut yang dipakai beliau turut menjadi bualan hangat netizen. Alha menyarung sut berwarna pelangi di atas pentas rekaan Fairuz Ramdan. Namun netizen telah menyamakan sut itu dengan aiskrim Paddle Pop.

Nabila Razali – Si cantik manis ini juga merupakan seorang yang tidak kalah dalam bergaya. Untuk ke acara karpet merah ABPBH31 ini, Nabila memakai gaun rona pink lembut rekaan Ezuwan Ismail. Warna pink benar-benar menyerlahkan sisi feminin Nabila yang kelihatan sungguh anggun. Perincian manik 3D di bahagian depan menaikkan lagi seri keseluruhan gaya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!