
/wp-content/uploads/2018/04/Screen-Shot-2018-04-09-at-9.09.54-PM.png)
Anugerah Meletop Era 2018 (AME18) sememangnya dinantikan terutamanya buat kelompok fesyen kerana inilah waktunya untuk melihat selebriti kesayangan anda melaram.
Tema Creative BlackTie menjadi pilihan untuk AME18 dimana menyaksikan pelbagai fesyen yang penuh berwarna warni di permaidani merah.
SURIA senaraikan 10 selebriti yang memakai pakaian terbaik sempena AME18 :
1. Maya Karin – Jarang sekali melihat Maya melaram, namun kata Maya permaidani merah adalah satu-satunya tempat untuk dirinya melaram habis-habisan. Memakai gaun biru rekaan Fizi Woo, Maya kelihatan sungguh jelita. Rambutnya dibiar lurus, kulit Maya yang ‘tanned’, menyerlahkan lagi kejelitaannya.
2. Farah Nabila – Bintang baru dalam industri hiburan dan juga fesyen. Farah bijak memilih pereka yang tahu apa rekaan yang sesuai untuknya. Memilih untuk memakai gaun biru gelap ilham Rizman Ruzaini, Farah kelihatan begitu anggun mengenakan gaun cape persis bintang Hollywood.
3. Nabila Razali – Hadir memakai persalinan unik rekaan Ezuan Ismail, Nabila kelihatan sungguh ‘edgy’ dengan solekan bercelak. Jarang melihat ‘look’ sebegini di atas acara permaidani merah di Malaysia. Syabas buat Nabila dan Ezuan Ismail.
4. Uqasha Senrose – Paling kena dengan tema Creative Black Tie, Uqasha tampil elegan dan seksi dalam persalinan Arma Couture. Gaun terbelah rona biru gelap dipadankan dengan kot biru muda benar-benar menaikkan aura seksi Uqasha.
5. Nabila Huda – Sering lari dri kebiasaan, Nabila Huda tampil dengan imej ranggi berjaket kulit yang dipadankan dengan kemeja labuh putih. Nabila bijak mengenakan aksesori yang sesuai dengan imejnya. Mungkin kelihatan sedikit lari dari tema namun ‘look’ Nabila pada malam itu tetap vazz!
6. Sherry Alhadad – Dia telah membuktikan saiz fizikal hanyalah sekadar saiz dan bukan menjadi penghalang untuk dirinya tampil bergaya. Lihat sahaja penampilan Sherry yang memakai gaun hitam rekaan Afiq M pada malam itu. Rambut disisir rapi ke belakang, solekan glowing menyerlahkan lagi aura Sherry. Syabas!
7. Zahirah McWilson – Tampil dengan gaun yang simple rekaan Alia Bastamam, namun itu tidak mencacatkan penampilan Zahirah McWilson. Wajahnya yang seksi dan jelita dirias kemas. Rambut dibiar ke belakang. Pemilihan anting-anting penuh di cuping memberikan ‘statement’ untuk look Zahirah pada malam itu.
8. Hael Husaini – Bakal bintang fesyen negara, Hael Husaini bijak memilih apa yang kena dengan dirinya. Memakai sut unik rekaan Rizman Ruzaini, kolar besar putih benar-benar menyerlahkan penampilan Hael Husaini pada malam itu.
9. Andi Bernadee – Pendatang baru dalam arena seni suara ini kelihatan begitu kacak dalam persalinan putih rekaan Eddy Mohaizz. Andi bijak menyuaipadankan setiap satu helaian yang berada ditubuhnya. So chic!
10. Noor Neelofa – Pengacara dan pemenang kategori Top Top Meletop Wanita ini bukan sahaja menang besar, tetapi juga tidak mahu kalah dalam berfesyen. Memakai dua persalinan dari Fizi Woo, Neelofa tampil ala European Chic dalam persalinan pertama. Manakala untuk persalinan kedua, Neelofa kelihatan seperti Cinderella yang dibaluti kemilau kristal swarovski. Menurut Neelofa sebanyak dua balang kristal swarovski ditampal satu persatu pada gaunnya malam itu.
Sumber Foto : Instagram Intrend Malaysia, Rizman Ruzaini , Arma Couture, Dan Selebriti Malaysia