96757

FWD Takaful dengan Kerjasama Naluri Tawar Program Digital Therapeutics - Suria FM - Segalanya Hiburan

Integrasi Program Bimbingan Kesihatan atas talian Berstruktur untuk Pencarum FWD Care Direct

Kuala Lumpur, 5 Februari 2020 – FWD Takaful Berhad (dahulu HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad) (“FWD Takaful”) menandatangani perjanjian perkongsian dengan Naluri Hidup Sdn Bhd (“Naluri”) untuk menawarkan Program Digital Therapeutics kepada pencarum FWD Care Direct – pelan kanser Family Takaful atas taliannya yang pertama.

 

(Dari kiri)  En. Salim Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful Berhad dan En. Azran Osman-Rani, Ketua Pegawai Eksekutif Naluri Hidup Sdn Bhd menandatangani perjanjian perkongsian untuk menawarkan perkhidmatan nilai tambah pilihan untuk pencarum FWD Care Direct.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Kami berbesar hati untuk memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan warga Malaysia melalui perkongsian perniagaan bersama Naluri. Program Digital Therapeutics akan menyediakan perkhidmatan nilai tambah pilihan kepada pelanggan FWD Care Direct yang telah diperibadikan untuk menyokong keperluan emosi, mental dan fizikal selepas didiagnosis dengan kanser. Di FWD Takaful, tujuan kami adalah untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai takaful. Ini bermaksud kami mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kami ada di setiap langkah perjalanan mereka dan membantu mereka untuk mencapai sasaran kesihatan yang lebih baik dengan membina keutuhan mental untuk menghadapi cabaran kesihatan mereka.”

Azran Osman-Rani, Ketua Pegawai Eksekutif Naluri dipetik berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah penyedia takaful yang inovatif seperti FWD Takaful, yang menawarkan perkhidmatan melangkaui perlindungan asas tetapi juga meningkatkan kualiti hidup pencarumnya yang menghidap kanser. Aplikasi digital Naluri akan menyediakan akses kepada pembimbing kesihatan yang menggabungkan sokongan psikologi dengan pengurusan gaya hidup.”

Tawaran Naluri sejajar dengan perjalanan digitalisasi pencarum FWD Takaful untuk membuat perubahan yang positif dalam kehidupan masyarakat khususnya kepada penghidap kanser. Program tersebut akan membenarkan pencarum FWD Care Direct untuk mengaktifkan akaun mereka dengan Naluri sejurus tuntutan dibuat sebagai satu pendekatan menyeluruh dalam penjagaan kesihatan pasca-diagnosis. Terdapat enam ciri-ciri dalam aplikasi digital Naluri untuk menyokong keperluan membina gaya hidup sihat untuk jangka masa panjang, termasuklah Pembimbing Kesihatan Profesional, Modul Interaktif Harian, Jurnal Pemakanan Bergambar, Jurnal Pemikiran Digital, Skrin Utama & Perancang, dan Penimbang Berat yang Terhubung.

(Dari kiri) En. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Strategi & Pengedaran Digital, FWD Takaful; Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful Berhad; En. Azran Osman-Rani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri Hidup Sdn Bhd; dan Dr. Jeremy Ting, Pengasas Bersama dan Presiden Naluri Hidup Sdn Bhd dalam sesi pertukaran dokumen perjanjian.

Pelan FWD Care Direct merupakan sebuah pelan yang cepat dan mudah untuk diaplikasikan melalui atas talian dan menyediakan perlindungan segera dari RM100,000 hingga RM250,000. Pelan tersebut juga menawarkan 100% pembayaran sejurus diagnosis kanser walaupun pada tahap awal untuk membantu pencarum menjalani rawatan kanser. Selain daripada perlindungan individu, FWD Care Direct juga menawarkan perlindungan kanser untuk sehingga empat anggota keluarga dalam satu pelan yang sama. Ahli keluarga boleh terus menerima manfaat perlindungan walaupun pemilik sijil perlindungan telah didiagnos.

Naluri merupakan program rawatan digital pacuan manusia (human-driven) dan diperkukuh oleh Kecerdasan Buatan (AI-augmented) pertama di rantau ini yang menyampaikan sasaran kesihatan yang boleh diukur kuantiti dan membantu pencarum perkhidmatan kesihatan menjimatkan kos penjagaan kesihatan melalui bimbingan kelakuan dan psikologikal berstruktur dan pelbagai disiplin untuk membantu masyarakat yang menghidap penyakit kronik justeru mempertingkatkan kesihatan mental.

Dapatkan lebih informasi mengenai FWD Care Direct dan manfaatnya atau dapatkan sebut harga di fwd.com.my/direct/care-direct. Juga, hubungi mereka melalui talian 1300 13 7988 atau hantarkan emel pertanyaan anda kepada contact.my@fwd.com.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!