73187

Gadis Ini Bongkar Rahsia Turun Berat Badan Dari 100KG Ke 50KG - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa kata kalau orang berbadan besar tidak mampu memiliki tubuh badan langsing seperti orang lain? Haa silap!! Bagi mereka yang berbadan besar, jangan terlalu cepat berputus asa kalau mahukan sesuatu seperti tubuh badan langsing. 

Jom kita ikuti cerita seorang pelajar universiti di Korea yang bernama Jinny. Beliau mula mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan rahsia dietnya di Youtube menerusi saluran DanoTV.

Foto Ihsan : Allkpop
Foto Ihsan : Allkpop

Apa yang paling mengagumkan, gadis ini menurunkan berat badan dari 100kg (221 paun) kepada 50kg (110 paun) hanya dengan mengambil masa selama dua tahun sahaja. 

Semasa berada di sekolah menengah, Jinny banyak menghabiskan masa dengan menikmati ayam goreng dan bir setiap malam Jumaat, tabiatnya itu menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 25kg (55 paun) dalam tempoh setahun.

Disebabkan itu, Jinny membuat keputusan untuk berdiet selepas disahkan menghidap herniated disc.

Apa yang dilakukannya?

  • Jinny mendedahkan dia minum 3-5 liter air suam.
  • Tidak mengambil terlalu banyak sodium dan daripada membiarkan diri kebuluran, dia pastikan diri makan sekurang-kurangnya dalam sukatan yang sedikit.
  • Jika dia merasakan diri makan terlalu banyak, dia akan melakukan sedikit senaman bagi memastikan diri sentiasa bergerak untuk mengimbangi jumlah makan berlebihannya.
  • Untuk makan tengah hari, Jinny memastikan untuk makan banyak protein, sayur-sayuran dan seperti biasa bersenam setiap hari.
  • Untuk usus yang sihat, Jinny mengambil probiotik seperti yogurt dan makan pencuci mulut sekali sehari.
  • Tidak mengambil snek lewat malam tetapi sebaliknya masa itu digunakan untuk bersenam serta sentiasa mengawal tabiat pemakanan.

Selepas dua tahun ini, dia telah berjaya mengurangkan berat tanpa mengalami apa-apa kesan dan kekal maintain sehingga ke hari ini.

Untuk lebih lanjut, anda boleh lihat video ini.

Sumber : Wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!