73233

Gaun Cinderella Aishwarya Rai Curi Tumpuan Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

aishwarya-rai-bachchan-in-michael-cinco-2Pelakon serta jelitawan Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan telah mencuri tumpuan seluruh dunia apabila beliau hadir ke permadani merah Festival Filem Cannes 2017 dengan menyarung gaun kembang berona biru persis gaun Cinderella.

Bekas Ratu Dunia 1994 itu masih kelihatan jelita biarpun sudah mencecah usia 43 tahun.

aishwarya-rai-bachchan-cannes-film-festival-2017-okja-premiere-red-carpet-fashion-michal-cinco-couture-tom-lorenzo-site-7

Sebaik sahaja kelibat Aishwarya melangkah di permaidani merah, beratus-ratus jurugambar telah merakam gambarnya dan dengan segera gambarnya memakai gaun ciptaan pereka asal Filipina Michael Cinco itu menjadi tular di media sosial.

unnamed-1

Tahun ini merupakan tahun ke 17 Aishwarya menjadi tetamu istimewa di festival filem berprestij itu mewakili jenama kosmetik terkenal L’Oreal Paris.

aishwarya-rai-festival-de-cannes-2017-red-carpet-featured-image

Saban tahun kemunculan aktres ini dinantikan peminat seluruh dunia kerana mahu melihat apa yang bakal disarungnya.

unnamed-3

Tahun lepas gambar Aishwarya di permaidani merah festival yang sama telah menjadi tular dan topik hangat untuk dibualkan sepanjang minggu tatkala beliau melangkah ke permaidani merah memakai gincu berona ungu muda.

CANNES, FRANCE - MAY 15: Aishwarya Rai attends the premiere of 'From The Land Of The Moon (Mal De Pierres)' at the annual 69th Cannes Film Festival at Palais des Festivals on May 15, 2016 in Cannes, France. (Photo by Anthony Harvey/FilmMagic)

Nampaknya tahun ini sekali lagi ibu beranak satu ini menjadi bualan pencinta fesyen seluruh dunia apabila beliau sering tampil dengan busana memukau sepanjang beliau berada di Cannes.

unnamed-4

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!