73217

Gaun Rekaan Pereka Malaysia Jadi Pilihan Kate Middleton. - Suria FM - Segalanya Hiburan

katehan2

Wow! Siapa sangka gaun petang yang dipakai oleh The Duchess Of Cambridge Kate Middleton ini adalah rekaan pereka fesyen kelahiran Malaysia.

katehan1

Gaun renda labuh berwarna putih itu telah direka oleh Han Chong dibawah label miliknya sendiri iaitu Self Portrait.
Gaun petang yang dipakai isteri Putera William itu terus menjadi viral di media sosial sejurus beliau melewati acara permaidani merah untuk tayangan sebuah filem di Britain.

katehan3

Menerusi akaun Instagram milik Han Chong, beliau telah meluahkan rasa terkejut serta mengibaratkan momen ini sebagai mimpi yang menjadi nyata.

katehan4

Bukan itu sahaja, permintaan terhadap gaun putih itu juga telah melambung tinggi. Sejurus Han memuat naik gambar Kate memakai gaun rekaannya, ruangan komen dibanjiri dengan pertanyaan serta pujian dari netizen.

katehan5

Apa yang lebih menarik perhatian netizen lagi adalah harga gaun itu yang boleh dibeli dengan harga $400.
Jenama yang mula bertapak sejak tahun 2013 dan berpangkalan di London ini dilihat begitu pantas memahat namanya di pasaran antarabangsa.

katehan6

Mana tidaknya, sejak jenama ini ditubuhkan, ramai selebriti A-list Hollywood telah memakai rekaan dari pereka asal Pulau Pinang ini.

Antara selebriti terkenal yang telah memakai rekaan Han ialah Beyonce, Jennifer Lopez, Jessica Biel, Paris Hilton, Kristen Steward dan ramai lagi.

katehan7

Sehingga ke hari ini, jenama Self Portrait telah berkembang hampir ke 30 buah negara di seluruh dunia. Malah pelanggan juga boleh membeli setiap koleksi menerusi atas talian.

Nampaknya selepas kejayaan Dato Proffesor Jimmy Choo yang menjadi pereka kasut kegemaran mendiang Puteri Diana, kini tiba giliran Han Chong pula menjadi pilihan puteri istana Buckingham.

Kami di Suria sangat berbangga melihat anak Malaysia berjaya mengukir nama di persada fesyen antarabangsa dan kami doakan semoga lebih banyak kejayaan yang diraih oleh Han Chong selepas ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!