87521

Gaya 10 Selebriti Wanita di Aidilfitri 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun kini sudah menjelang hari keempat Aidilfitri untuk tahun 2018, namun suasana hari raya masih lagi terasa di seluruh negara.

Sudah tentu para selebriti tanah air juga masih sibuk kunjung-mengunjung sanak-saudara serta rakan taulan. Dan seperti biasa di setiap lebaran, gaya dan busana para selebriti pada hari pertama Aidilfitri, sering menjadi tumpuan para peminat.

Kami di Suria juga sempat mengintai beberapa fesyen yang digayakan oleh para artis wanita tersohor negara dan di sini kami kongsikan 10 baju raya pilihan artis yang menarik perhatian kami pada hari raya pertama lewat laman Instagram mereka.

Siti Sarah memilih warna hitam untuk kebaya yang dipilih pada hari raya pertama kali ini.

 

Neelofa tetap cantik dengan pemilihan warna-warna lembut yang menyejukkan mata,

 

Scha Al-Yahya sentiasa kelihatan chic walau apapun dikenakan pada badannya. Kali ini Scha tampil anggun dalam baju kurung moden berwarna biru sengan motif bunga-bungaan kecil.

 

 

Rozita Che Wan tidak pernah menghampakan dengan baju-baju rayanya. Kali ini memlih warna biru lembut dengan motif bunga timbul.

 

Fasha Sandha memilih gaya yang lebih ceria dengan busana berwarna-warni

 

Biarpun sering tampil seksi di acara-acara lain, Tasha Shila kelihatan sangat manis dalam baju rayanya untuk tahun ini.

 

Selain itu beberapa selebriti lain yang bergaya sedondon dengan suami masing-masing juga tampil cantik dengan busana pilihan mereka. Antaranya..

Pasangan kesayangan ramai, Fazura dan Fattah Amin kelihatan anggun dalam pakaian dan warna pilihan mereka.

 

Anzalna Nasir tampak cantik memadu-padan corak serta warna baju dengan suaminya yang tersayang.

 

Nora Danish juga bijak memadankan rona bajunya dengan suaminya tahun ini

 

Tidak ketinggalan Izara Aishah yang tampil dengan busana mewah ciptaan Rizalman Ibrahim

 

Jadi yang mana satu pilihan anda? Selamat hari raya sekali lagi!

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!