87721

Gaya Syawal Si Cilik Popular Curi Tumpuan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun telah 10 hari kita meraikan Syawal, namun ‘mood’ beraya itu masih lagi belum lenyap dari hati kita semua. Iyalah, raya kan sebulan? SURIA pasti, mesti ramai dari kita yang sibuk memenuhi undangan ke rumah terbuka bukan?

Di media sosial, meriah dengan ‘OOTD’ dari para netizen dan juga selebriti-selebriti tempatan mahupun dari negara jiran. Tidak terkecuali anak-anak selebriti yang turut melaram sakan sempena Aidilfitri. Jom lihat gaya-gaya menarik si cilik yang comel lagi popular ini.

Lara Alana – Kalau ibunya sudah terkenal sebagai ikon fesyen, anaknya pastilah turut bergaya sakan. SURIA suka dengan padanan Top dan skirt oleh Lara ini. Potongan senget di sisi memberikan impak yang besar terhadap keseluruhan ‘look’ Lara.

 Aaisyah Dhia Rana – Anak kepada jelitawan Rozita Che Wan ini memang tak pernah kalah dalam bergaya. Lihat sahaja top dari Dolce&Gabana yang digayakan si cilik ini di Aidilfitri. Pasti ramai yang makan hati! Che Ta bijak menyuaipadankan top Aaisyah bersama skirt net supaya kelihatan seimbang.

 

Engku Aleesya – Anak dara Primadona Malaya ini saling tidak tumpah  jelitanya seperti ibunya Erra Fazira. Lihat sahaja gaya Aleesya menggayakan baju kurung moden rona ‘shocking pink’ sedondon dengan ibunya. Seperti melihat kembar yang berlainan usia!

Tengku Ratu – Si cilik seorang ini memiliki kecantikan yang luar biasa. Memiliki kejelitaan kacukan sebelah ibunya, anak dara Que Haidar dan Linda Jasmine ini kelihatan sungguh bergaya dalam apa sahaja yang dipakainya. Malah Tengku Ratu turut menjadi model untuk koleksi  lebaran Jovian Mandagie.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!