96719

Glamping Sunway Lost World Of Tambun, Ketenangan Dalam Keseronokkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Inginkan sedikit kelainan dalam percutian anda? Seperti tidur dibawah jutaan bintang? Dan apabila terjaga daripada tidur, permandangan pertama yang anda lihat adalah keindahan alam semula jadi dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau serta tasik di sekelilingnya? Apa kata anda cuba pengalaman ‘Glamping’?

Terdapat beberapa tempat yang menyediakan pengalaman Glamping ini. Dan yang paling popular dalam senarai tersebut tentunya Glamping di Sunway Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

 

 

 

Hanya dua jam perjalanan daripada bandaraya Kuala Lumpur, lokasi glamping ini dikira paling strategik kerana terletak di bandar Ipoh dan di dalam kawasan taman tema Sunway Lost World of Tambun.

Setibanya anda dipintu masuk Sunway Lost World of Tambun, anda akan dibawa menaiki buggy mengelilingi kawasan taman tema air dimana pelbagai tarikan yang mencuri perhatian ribuan pengunjung tidak kira kanak-kanak atau dewasa sebelum ke tempat khemah ‘Glamping’.

Sunway Lost of Tambun mempunyai enam buah khemah  yang dilengkapi pelbagai keperluan termasuk katil yang boleh memuatkan sehingga empat orang. Malah, terdapat juga tiga buah ‘Floating Villa’ yang lengkap tersedia dengan kemudahan seperti pendingin hawa, televisyen dan Netflix. Baru lah boleh ‘Netflix and Chill’ kan?

Anda boleh memilih dari beberapa khemah yang dibina di bahagian yang berlainan di kawasan tersebut. Sama ada anda lebih suka sebuah khemah dengan banyak pokok di sekeliling atau menghadap ke tasik, setiap khemah memberikan pemandangan dan ‘feel’ yang berbeza.

Setiap khemah dilengkapi kemudahan-kemudahan asas seperti kipas, soket elektrik, cermin, penyangkut baju, laci dan tuala. Ibarat tidur di bilik hotel!

Jangan risau untuk mencari makanan kerana pelbagai jenis makanan tersedia bagi memenuhi keinginan anda di dalam kawasan Sunway Lost World of Tambun ini. Mereka menyediakan kafeteria, ‘food truck’ dan gerai-gerai kecil untuk pengunjung. Dari makanan berat seperti nasi arab hinggalah ke makanan ringan seperti pencuci mulut, semua tersedia di beberapa kawasan.

Malah, jika anda berasa malas untuk keluar berjalan dan membeli makanan, anda boleh meminta kakitangan yang bertugas untuk menyediakan set barbeku dan anda boleh memanggang sendiri sambil berbual bersama teman atau keluarga.

                                   Kakitangan Sunway Lost World of Tambun yang sedia membantu anda

Semestinya yang paling menarik adalah lokasi taman tema dan hiburan yang hanya beberapa langkah daripada kawasan ‘Glamping’ ini. Jangan tak percaya yang anda boleh berjalan-jalan dan bermain permainan air selama yang anda suka selagi taman terbuka.

Bukan itu sahaja, Lost World of Tambun tetap hidup di waktu malam dimana anda boleh melawat kolam air panas atau Hot Springs yang disediakan. Bahkan ada beberapa aktiviti air juga terus dibuka sehingga pukul 11 ​​malam.

Di Sunway Lost World of Tambun, anda bukan sahaja akan menikmati keseronokan di taman tema, malah dapat menikmati ketenangan dan keindahan alam semula jadi dikawasan sekeliling ketika ber’glamping’.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!