73349

Grand Keisha Yogyakarta – Hospitaliti Global, Sentuhan Lokal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Yogyakarta merupakan sebuah bandar menarik dengan kombinasi yang unik dari kuil purba, sejarah,tradisi budaya dan fenomena semulajadi yang membuatkan bumi jawa ini sebuah destinasi berbaloi untuk dikunjungi. Borobudur, Gunung Berapi Merapi dan Malioboro adalah antara tarikan utama Yogyakarta.

screen-shot-2017-10-31-at-11-06-03-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-07-56-am

Tempat-tempat pelancongan ini telah mendapat perhatian pelancong dari dalam khususnya dari luar negara. Dengan kebanjiran pelancong ke Yogyakarta pastinya tempat penginapan menjadi antara fokus utama pelancong.

Hotel Grand Keisha bukan sahaja sebuah hotel penginapan untuk para pelancong ke Yogyajarta malah ia merupakan salah sebuah hotel pilihan untuk mengadakan konferensi dan mesyuarat. Hotel empat bintang ini juga adalah pilihan bagi mereka yang mahukan layanan hotel bertaraf antarabangsa tanpa melupakan sentuhan keramahan budaya Indonesia.

screen-shot-2017-10-31-at-11-11-26-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-23-31-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-34-17-am

Dilengkapi dengan 177 buah bilik yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Deluxe, Junior Suite dan executive suite. Terpulang kepada pengunjung untuk memilih jenis bilik dengan harga yang berpatutan bagi pengunjung menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di hotel ini. Grand Keisha turut menyediakan tujuh bilik mesyuarat serta sebuah dewan bagi mereka yang ingin menganjurkan acara, konferensi mahupun majlis perkahwinan.

 

screen-shot-2017-10-31-at-11-13-02-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-26-54-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-27-03-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-27-31-amAntara fasiliti lain yang disediakan di hotel ini ialah kelab kecergasan, sky lounge, kolam renang, restoran serta pusat jagaan kanak-kanak.

screen-shot-2017-10-31-at-11-13-39-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-14-23-am

screen-shot-2017-10-31-at-11-34-35-amscreen-shot-2017-10-31-at-11-15-10-am

Lokasinya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong ataupun pengunjung yang datang ke Yogyakarta kerana hotel ini terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke salah sebuah gedung membeli-belah yang terkenal di Yogyakarta iaitu Hartono Mall. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto pula hanyalah 10 minit perjalanan dari Hotel Grand Keisha.

screen-shot-2017-10-31-at-11-21-35-am

Tumpuan destinasi pelancongan juga berada di sekitar radius hotel ini. Monumen Jogja Kembali hanya 7 minit perjalanan manakala Malioboro, Istana Sultan, Muzium Ullen Sentalu serta Gunung Berapi Merapi mengambil masa hanya 15 hingga ke 30 minit perjalanan sahaja.

Dengan harga yang berpatutan, keselesaan penginapan yang mewah, layanan serta keramahan budaya Jogja, Hotel Grand Keisha adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap sepanjang percutian anda di Yogyakarta. Untuk maklumat lanjut layari laman web www.grandkeishayogyakarta.com

 

Artikel Sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!