73282

'Green Dinosaur' Baik Untuk Kesihatan! - Suria FM - Segalanya Hiburan

green-dinosaur-a3-ol

Mungkin ramai yang tidak suka makan sayur dari waktu kecil dahulu hinggalah sekarang. Namun dewasa kini ada banyak cara untuk mendapatkan khasiat sayuran dan buah-buahan tanpa perlu mengunyah dan memakan sayur. Contoh terbaik sudah tentulah minuman!

whatsapp-image-2017-07-10-at-2-44-58-pm-2

Khas untuk bulan Julai yang diiringi dengan musim buah laici, jenama minuman berasaskan buah-buahan Juice Works tampil dengan Green Dinosaur, satu minuman baru yang dicipta dengan gabungan bayam, biji Chia, buah laici, jus tropikal dan juga aiskrim vanila rendah lemak. Semua ramuan ini dikisar dengan sorbet untuk menjadikannya lebih segar dan menyelerakan.

whatsapp-image-2017-07-10-at-2-44-58-pm

Seperti yang kita ketahui bayam mengandungi banyak khasiat termasuklah vitamin larut-lemak, aneka fitonutrien dan klorofil yang banyak. Ia juga sumber mineral seperti magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K dan E serta folat. Ia juga mengandungi kalsium, potasium, vitamin A,  mangan dan zat tembaga.

whatsapp-image-2017-07-10-at-2-44-58-pm-1

Untuk buah laici pula ia kaya dengan anti-oksidan Vitamin C, dan dikenali sebagai buah dengan konsentrasi polifinol tertinggi termasuk rutin, sejenis bioflavonoid untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai kuersetin, sejenis anti-oksidan yang mampu mengelakkan radang selain kaemperol yang dikenali dengan khasiat melawan barah dan baik untuk jantung.

Jadi dapatkan Green Dinosaur di mana-mana cawangan Juice Works seluruh Malaysia.

 

Untuk lebih banyak info tentang selera dan makanan klik di sini 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!