Terletak di salah satu pusat membeli-belah terkenal Lembah Kelang, iaitu Mid Valley Megamall, Greyhound Cafe merupakan sebuah tempat makan yang semakin mendapat tempat di kalangan pencinta makanan.

Jenama yang bermula dari Thailand ini sebenarnya adalah sebuah francais yang berasal dari Bangkok, Thailand. Bermula dengan penyajian makanan Siam moden, Greyhound Café juga merupakan kafe fesyen pertama di Bangkok yang menawarkan sedikit kelainan kepada para pelanggan.

Kini di Malaysia, Greyhound Cafe mempunyai dua buah cawangan di Bukit Bintang dan juga Mid Valley. Terdapat terlalu banyak pilihan makanan yang disediakan dalam menu mereka. Namun ada beberapa pilihan yang harus dijamah.

Antara sajian yang patut dicuba termasuklah pembuka selera atau ‘appetizer’ seperti Greyhound Famous Fried Chicken Wings berupa kepak ayam goreng yang rangup.

Mereka juga mempunyai salad enak berasaskan labu panggang dan tauhu.

Pastikan anda merasa Weeping Tiger with Spicy Pasto berupa daging stik panggang yang dipotong kecil-kecilan dan dihidangkan di atas timun dengan sos pesto pedas.

Untuk sajian utama pula, ada Tenderloin Steak with Green Curry yang merupakan daging stik dengan sos kari hijau unik.

Bagi yang mahukan nasi, cuba Minced Chciken with Sweet Basil Hot Sauce yang berupa nasi dihidangkan bersama ayam cincang dengan telur goreng dan kuah basil.

Pencinta pasta pula harus mencuba spaghetti dengan daging ketam dalam kuah udang yang sangat menyelerakan.

Untuk pencuci mulut pula, jangan lupa mencuba Banana Nutella Cheesecake serta roti bakar enak dengan aneka jem pelengkap.

Minuman mereka juga sangat menyegarkan dengan pelbagai konsep dan rasa serta warna.

Jadi kalau anda ingin mencuba sedikit kelainan dengan harga berpatutan, singgahlah ke Greyhound Cafe di Bukit Bintang atau Mid Valley.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!