87102

Habib Jewels Umumkan 0% GST Sebagai Bonus Buat Rakyat Malaysia Berbelanja - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Dato’ Sri Meer Habib mengumumkan bahawa perubahan cukai daripada 6% hingga 0% untuk tiga bulan seterusnya akan menjadi satu bonus tambahan untuk para pelanggan berbelanja khasnya buat Hari Raya yang akan tiba.

Emas seperti yang ramai tahu dalam bentuk jongkong dan barang kemas memiliki nilai yang kuat di zaman ekonomi yang agak mencabar, dan ini menjadikannya satu bentuk pelaburan yang baik untuk keselamatan kewangan.

Dengan perubahan harga menarik ini, Habib Jewels menjangka lebih banyak rakyat Malaysia akan mula membeli jongkong emas dan barang kemas sebagai pelaburan bermula 1 Jun 2018 ini.

Dato’ Sri Meer Habib juga menekankan bahawa dengan pemansuhan GST, ini memberikan kelebihan kepada Malaysia sebagai salah satu destinasi membeli-belah terbaik dunia. Ini menguatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan buat membeli-belah barangan kemas.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!