73289

Habis Dijual Dalam Masa 120 Saat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini buat pertama kalinya jenama tudung terkenal Naelofar Hijab telah melancarkan koleksi terbaru berasaskan material satin yang diberi nama Naelofar Scarf – MAYA.

screen-shot-2017-07-24-at-12-43-07-pm

Rekaan ini menggabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.

 

screen-shot-2017-07-24-at-12-44-04-pmTerdapat empat variasi warna bagi koleksi MAYA ini. Nama bagi setiap koleksi satin scarf ini dipilih mengikut warna yang terdapat pada satin scarf iaitu MAYA Ivory (putih), MAYA Slate (kelabu), MAYA Azure (biru) dan MAYA Fuschia (merah jambu).

screen-shot-2017-07-24-at-12-44-48-pmscreen-shot-2017-07-24-at-12-44-57-pmscreen-shot-2017-07-24-at-12-45-07-pmscreen-shot-2017-07-24-at-12-45-18-pmIstimewanya koleksi Naelofar Scarf-MAYA, untuk julung kalinya menampilkan kelainan di mana motif Flora Tropika digunakan dan digabungkan dengan rekaan seni kontemporari.

screen-shot-2017-07-24-at-12-44-34-pmscreen-shot-2017-07-24-at-12-43-25-pmscreen-shot-2017-07-24-at-12-43-38-pmPemilihan warna yang terang dan berwarna -warni, ditambah dengan kilauan lembut daripada kain satin, menyerlah aura berani tapi pada masa yang sama tidak berlebihan, sesuai digayakan dengan fesyen kasual mahupun formal.

screen-shot-2017-07-24-at-12-52-29-pm

Tapi sayang, kesemua tudung ini telah pun habis dijual dalam masa 2 minit sahaja.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!