90515

Habiskan RM1 Juta Untuk Kelihatan Seperti Barbie - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa yang anda sanggup lakukan untuk kelihatan cantik? Sanggupkah anda melaburkan wang hampir 1 juta semata-mata untuk memiliki kecantikan bak patung Barbie?

Jangan terkejut kerana wanita ini sanggaup berhabis hampir RM1 juta semata-mata untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie.

Izubiela Rasi atau Bella, 29, mengakui dia telah berhabis hampir RM1 juta sepanjang tempoh lima tahun untuk kelihatan cantik bak patung Barbie.

Jika anda lawati akaun Instagram miliknya iaitu @izubielazaffmarekan, pasti anda akan dapat melihat rata-rata netizen yang menyamakan dirinya dengan anak patung Barbie.

Ada juga netizen yang mendakwa dirinya menggunakan teknik suntingan yang keterlaluan setiap kali memuatnaik gambarnya di Instagram.

Maaf bukan mahu meninggi diri, tetapi jujur memang selalu ada yang menyapa saya kelihatan seperti doll dan Barbie.

Ada juga yang minta untuk bergambar,” katanya.

Kesempurnaan yang dizahirkan oleh anak patung Barbie seperti tubuh yang langsing, rauh wajah yang menawan serta rambut yang mayang mengurai menjadikan ramai wanita obses untuk kelihatan seperti patung paling popular di dunia itu.

Saya juga tidak terkecuali. Tetapi tidaklah sampai buat pembedahan plastik atau kosmetik. Malah, tidak menggayakan fesyen seperti Barbie sebaliknya suka mengenakan gaun yang glamor.

Saya jaga makan untuk mengekalkan saiz tubuh sedia ada, mengambil makanan tambahan pencerahan kulit, selalu ke salon untuk mendandan rambut, melakukan senaman, urutan wajah, memakai korset setiap hari dan menjalani pelbagai rawatan kulit, salah satunya mengambil suntikan vitamin C.

“Saya juga suka membeli alat solek dan akan menghabiskan masa dua hingga ke tiga jam untuk bersolek bagi mendapat doll look yang sempurna.

“Terus-terang demi nak cantik, saya tak kisah berhabis wang,” katanya.

Akui wanita ini, sejak remaja lagi dia sangat menjaga bentuk tubuh dan suka pada kecantikan termasuk melihat benda-benda yang cantik.

Obsesi pada kecantikan juga mendorong wanita berasal dari Pulau Pinang ini, mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.

Idea mengeluarkan produk sendiri tercetus selepas kemalangan ketika penggambaran sebuah drama. Akibat daripada kejadian itu hidung saya patah dan senget ke kanan.

“Rasa ‘down’ masa tu, perlahan-lahan saya merawat diri dan melakukan pelbagai usaha untuk mencantikkan diri.

“Bertitik tolak dari kemalangan itu juga saya mula minat membuat produk sebagai salah satu cara untuk berkongsi tip kecantikan dengan wanita di luar sana yang berasa rendah diri dengan kekurangan mereka.

“Saya mencari penyelesaian serta formula produk yang berkesan bahkan berupaya mencantikkan dan memutihkan kulit,” ujarnya.

Biarpun obses untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie, namun Bella tidak menyokong proses mencantikkan diri yang membahayakan nyawa seperti pembedahan plastik terutamanya untuk yang wanita Muslim.

Cukup sekadar mengawal pemakanan, menjaga kulit dan aplikasi teknik solekan yang betul, kongsinya.

 

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!