73331

Harris Hotel and Residences Riverview Kuta, Bali– Hotel Pilihan Keluarga - Suria FM - Segalanya Hiburan

main-pool

Ada yang beranggapan percutian ke Bali adalah lebih sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu mahupun destinasi pelancongan bagi anak-anak muda. Melancong bersama keluarga dan anak-anak kecil ke Bali seolah-olah akan menyukarkan agenda liburan anda. Memang benar, keinginan serta kehendak anak-anak adalah berbeza dengan agenda percutian orang dewasa. Tetapi sekiranya terdapat hotel yang mampu memenuhi keinginan percutian untuk semua peringkat umur ia akan menjadi suatu percutian yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga.Harris Hotel and Residences Riverview di Kuta, Bali adalah jawapan kepada keluarga yang ingin bercuti ke Bali.

onemore5

Terletak hanya 15 minit dari Legian dan Pantai Kuta, hotel ini mempunyai 140 bilik mengikut kepada keperluan setiap penginap hotel samada bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga mahupun atas urusan kerja. Bagi mereka yang memilih hotel ini anda diberi empat jenis pilihan bilik mengikut citarasa dan kehendak percutian anda. Bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan mahupun keluarga yang kecil terdapat Harris Room dan Harris Residences 1 bedroom. Bagi keluarga besar yang inginkan lebih ruang dan keselesaan maka Harris Family Room dan Harris Residences 2 bedrooms adalah pilihan yang tepat untuk anda.

family-room

hr1br-living-room

Kemudahan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Terdapat tiga kolam renang untuk kanak-kanak serta orang dewasa. Bagi ibu bapa yang merancang memanjakan diri di H’ Spa & Happy Feet Reflexology serta membeli belah di Harris Boutique, bolehlah menghantar anak-anak ke Dino Kid’s Club & Kid’s Pool tanpa perlu merasa khuatir akan keselamatan mereka. Setelah puas melakukan aktiviti-aktiviti tersebut anda dan keluarga bolehlah menjamu selera di Harris Cafe’ yang menyediakan pelbagai pilihan menu dari juadah barat hinggalah ke juadah tempatan. Bagi penginap hotel yang bercadang untuk ke Pantai Kuta pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan kenderaan percuma bagi memudahkan pergerakan penginap hotel.

dino-with-kids-2

Dengan harga yang berpatutan serta penginapan yang selesa untuk seisi keluarga Harris Hotel and Residences Riverview di Kuta adalah pilihan yang tepat untuk percutian keluarga anda. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://riverview-bali.harrishotels.com.

 

onemore24

 

sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!