95097

Heart For Heart Fun Run Disertai Artis Terkenal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini telah berlangsung sebuah acara larian ‘HEART FOR HEART FUN RUN’ bertempat di Bandar Baru Bangi yang dianjurkan oleh Megaklinik Zahran.

Acara larian ini turut disertai oleh barisan artis terkenal seperti Ashraf Muslim, Ikhwan Fatanna dan Aidit Noh.

Seramai lebih dari 1500 peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai larian ini yang telah dianjurkan selama tiga tahun berturut-turut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Nafidz Razak, penganjuran acara larian tersebut adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk mendekati masyarakat setempat dalam menjalani cara hidup yang sihat.

“Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiri,”katanya.

Menyentuh mengenai sambutan, menurut Nafidz, meski sebelum ini cuma dianjurkan untuk masyarakat setempat, tahun ketiga menyaksikan banyak penglibatan daripada peserta di luar daerah.

Selain itu, Nafidz juga memuji sokongan yang diberikan oleh beberapa selebriti yang hadir dengan antaranya termasuk Ashraff Muslim, Ikhwan Fattana termasuk rakan-rakan artis dakwah di bawah naungan Badak United.

Dalam pada itu, selain acara larian, 81 peserta yang mengikuti kempen Heart For Heart Fun Run kali ini juga membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan lumayan dengan keseluruhannya bernilai RM25,000.

Antara hadiah utama termasuk pakej percutian ke Bali, Indonesia dan barangan kelengkapan rumah seperti sebuah peti sejuk dan televisyen 40 inci.

Hadiah wang tunai juga disediakan untuk setiap kategori lelaki dan wanita (3KM & 5KM,10KM) bernilai RM8,000.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!