90001

Helaian Selesa Nan Bergaya Dari Infinence - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama fesyen lokal, Infinence dibawah syarikat Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd terus menerus mengukuhkan lagi tapaknya dalam industri fesyen tanah air.

Tahun ini buat pertama kalinya Infinence mementaskan koleksi ‘ready-to-wear’ mereka di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018).

Bukan satu, tetapi tiga koleksi terbaru Infinence  dipersembahkan sekaligus di pentas fesyen berprestij itu.

Koleksi pertama yang dipentaskan ialah ‘Basic Collection’ dimana setiap helaian direka ringkas dan mudah digayakan untuk kegunaan harian.

Warna-warna pastel dipilih bagi membias rasa polos dan ringkas namun masih kelihatan bergaya. Potongan yang longgar sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja termasuklah wanita berhijab.

Koleksi kedua yang ditampilkan Infinence ialah ‘Holiday Collection’. Koleksi ini banyak bermain dengan warna-warna terang dan ranggi seperti ‘fuschia’, merah, biru firus.

Motif fabrik bercetak flora juga digunapakai bagi membias ‘mood’ libur tatkala menyarung helaian koleksi ini. Anda pada kelihatan bergaya tatkala bercanda di lokasi percutian idaman anda!

Koleksi terakhir yang dipentaskan di pertunjukan fesyen debut Infinence ini ialah ‘Luxe Collection’. Top beropol merupakan ‘signature’ bagi koleksi ini.

 

Anda pasti tampil anggun menawan mengenakan koleksi ini ke majlis-majlis rasmi yang menuntut anda kelihatan bergaya sambil kelihatan softifikated. Gaun labuh hitam bermotif floral putih pasti akan membuatkan anda menjadi tumpuan ramai tatkala menyarung persalinan ini.

 

Tahniah diucapkan kepada Infinence di atas debut di pentas KLFW2018. Siapa sangka syarikat yang dahulunya hanya dikenali sebagai pengeluar produk kesihatan, kini memiliki jenama fesyennya sendiri yang mampu berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama fesyen yang sedia ada di pasaran.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!