acvh_facade-night

Pihak Far East Hospitality baru-baru ini memperkenalkan hotel terbaru mereka di Singapura iaitu Village Hotel Albert Court dan penulis diberi peluang untuk bermalam di hotel tersebut .

Memasuki laman utama Village Hotel Albert Court, mata pasti terpukau dengan kecantikan replika jam vintaj yang tersergam indah di antara dua bangunan hotel. Rupanya, bangunan Village Hotel ini merupakan rumah kedai yang terbina sejak sebelum zaman perang lagi dan masih terpelihara sehingga kini. Tidak hairanlah pelbagai unsur budaya terserlah dalam motif seni bina dan reka bentuk hotelnya.

3044b970-8b14-4079-8498-82f8cd10345e

Apabila melalui laluan ke bilik yang diberikan, mata tidak lekang daripada memerhatikan dekorasi dan gambar-gambar ketika zaman Singapura lama yang tergantung di sekitar laluan.

albert-court

Penulis diberi peluang menginap di Club Room yang terletak di bangunan sebelah lobi utama. Bilik ini mempunyai keluasan 30 meter persegi dan dilengkapi dengan kemudahan seperti pengering rambut, seterika, selipar bilik, tuala dan sebagainya. Malah, bilik ini juga mempunyai mesin ekspreso dan mini bar yang dipenuhi pelbagai jenis minuman berperisa.

0248bc19-baef-428c-931e-7fef5fcefd37

Walaupun biliknya masih menggunakan konsep tradisional dan ‘old-fashioned’, tetapi ian sangat luas dan bersih! Katil dan bantalnya yang empuk ternyata akan membuat tidur malam anda lebih tenang dan selesa selepas seharian berjalan.

Bilik ini juga dilengkapi dengan telefon pintar yang dilengkapi dengan wifi percuma, maklumat pelancong dan panggilan percuma ke dalam dan luar negara. Yang menariknya lagi, telefon pintar ini juga mempunyai aplikasi e-tiket yang membolehkan anda mendapatkan tiket ke taman tema atau tempat tarikan di Singapura dengan harga yang lebih murah.

Village Hotel Albert Court yang terletak berhampiran kawasan Bugis ini mempunyai beberapa jenis bilik seperti Superior Room, Deluxe Room, Club Room, Family Room dan Club Suite.

Club Room ada beberapa faedah yang boleh di dapati untuk pemegang kad bilik jenis ini seperti telefon pintar dengan wifi percuma dan panggilan percuma ke dalam atau luar negara, daftar masuk awal atau daftar keluar lambat serta pilihan sarapan percuma di Club Lounge atau di hotel utama. Tidak lupa juga koktel percuma di Club Lounge dan kemudahan Jakuzzi percuma.

Usah risau untuk kemana-kemana kerana lokasi Village Hotel Albert Court ini sangat strategik dan terletak berhampiran kawasan Bugis, Rochor, Little India, Dobby Ghout dan tempat menarik lain seperti Muzium Seni Singapura yang boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki. Malah, hotel ini juga mempunyai kemudahan ke 3 stesen MRT terdekat iaitu stesen Bugis, stesen Rochor dan stesen Little India yang akan memudahkan lagi perjalanan anda.

courtyard-new

Bertepatan dengan slogan ‘Live Like A Local’, Hotel Village ini membuatkan kita berasa seperti warga tempatan bukan sahaja melalui pilihan reka bentuk dalaman hotel yang menggambarkan zaman kolonial Singapura bersama warisan campuran India dan Peranakan, malah melalui aktiviti yang membolehkan anda menerokai sisi bandar ini dengan mudah dan hidup seperti warga tempatan.

Village Hotel oleh Far East Hospitality di Singapura ini juga mempunyai 3 cawangan hotel lain iaitu Village Hotel Bugis, Village Hotel Katong dan Village Hotel Changi.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Village Hotel Albert Court di atas layanan mesra dan bantuan yang diberikan sepanjang penulis menginap di hotel tersebut.

Apa lagi yang anda perlukan jika ke Singapura? Village Hotel Albert Court lah!

sumbangan : Fatin Nur Sofia

 

Peraduan:

Ingin menangi penginapan 2 hari 1 malam di Village Hotel Albert Court Singapura ini?

Upload gambar anda di Instagram bersama ibu tersayang dan lengkapkan slogan dalam kapsyen ‘Saya ingin bawa ibu saya bercuti dan menginap di Village Hotel Albert Court Singapura kerana ….. (tidak melebihi 30 patah perkataan). Jangan lupa untuk tag @suriamalaysia @villageinsg dan hashtag #suriamalaysia #segalanyahiburan #livelikealocalSG

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!