
/wp-content/uploads/2015/09/banana-peel.jpg)
Mesti ramai yang tak tahu tentang keberkesanan kulit pisang. Siapa yang mempunyai masalah jerawat di muka? Tak kisah lah jerawat pasir ke jerawat batu, janji jerawat la senang! Haa lepas pada ni tak payah beli produk yang mahal-mahal untuk menghilangkan jerawat anda tu sebab kulit pisang ni sangat efektif untuk membunuh jerawat di muka anda!
- Caranya pun sangat senang! Hanya ambil pisang yang tidak terlalu matang dan tidak terlalu mentah. Anda makan dulu isinya lepas tu jangan terus buang kulit pisang tu pula tau! Ambil kulit pisang tadi dan gosokkan ke kulit wajah yang berjerawat secara perlahan dan menyeluruh ke wajah.
- Gunakan bahagian dalam kulit atau bahagian putihnya. Kalau wajah anda terlalu banyak jerawat ataupun jerawat sedang meradang, anda boleh menghancurkan kulit pisang terlebih dahulu, kemudian tambahkan satu sudu madu untuk dijadikan sebagai mask. Kalau anda gosok muka anda yang jerawatnya sedang meradang merah, ia akan memburukkan lagi masalah jerawat itu. So better anda buat ia sebagai mask.
- Kalau bahagian dalam kulit pisang sudah berubah warna menjadi hitam kerana anda menggosoknya ke kulit muka, gantikan dengan kulit pisang yang baru. Teruskan menggosok selama 10 minit. Lepas itu, biarkan kulit mengering dengan sendirinya. Jangan terus cuci tau! Biarkan kira-kira 2 jam baru bilas dengan air.
Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari untuk hasil yang lagi optimal! Hasilnya, jerawat akan hilang dari wajah! Wah! Senangkan?!
Siapa sangka kulit pisang yang biasanya kita buang, sebenarnya mempunyai manfaat besar kepada kulit wajah kita.
Sumber dipetik dari wanista.com | Foto kredit:wikihow.com