73335

Hilton Sukhumvit Bangkok : Penginapan Penuh Gaya - Suria FM - Segalanya Hiburan

hilton-coffee-house-1

Tersergam di kawasan pusat Sukhumvit di Bangkok, Hilton Sukhumvit Bangkok berdiri megah menghiasi latar belakang bangunan pencakar langit serba moden. Hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.

Hilton Sukhumvit Bangkok telah lama membuka pintunya kepada pengunjung kota itu dan merupakan pilihan terulung bagi tempat penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Thailand ini. Sering menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Bangkok. Kedudukannya juga sangat strategik kerana terletak hanya lima minit dari stesen BTS Phrom Pong.

hilton-6

Hotel ini mempunyai bilik-bilik yang luas termasuk beberapa bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kkontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Senireka dalaman serta hiasannya juga masih ada menerapkan sedikit unsur-unsur warisan Asia negara tersebut selain penggabungan elemen moden masa kini.

hilton-4

Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan khas buat komputer serta iPod, TV LCD 42 inci, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

Bagi tujuan menjamu selera pula, Hilton Bangkok menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap.

Selain Scalini sebuah restoran Itali yang menghidangkan menu pilihan barat, hotel ini juga mempunyai restoran Mondo yang menyajikan makanan Asia terbaik.

hilton-breakfast-area

Tidak dilupakan juga adalah Pool Bar at Lapse bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai di tepi kolam renang atau selepas bersenam di gimnasium.

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

hilton-3

Dengan pemandangan terhebat bandaraya Bangkok dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Bangkok, bermalamlah di Hilton Sukhumvit Bangkok kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!