/wp-content/uploads/2020/08/848ed7c4_z.jpg)
NEGERI Kelantan kerap menjadi destinasi pilihan untuk bercuti kerana kepelbagaian makanan tradisionalnya. Bukan itu sahaja, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai pilihan tempat-tempat membeli-belah yang sentiasa menjadi pilihan ramai.
Jika anda mencari tempat untuk menginap yang selesa dan mempunyai akses mudah untuk ke tempat-tempat popular di Kelantan, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bahru adalah pilihan yang bijak untuk anda.
Terletak di salah satu jalan utama di Kota Bahru, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana dikelilingi dengan aneka restoran, kedai-kedai keperluan dan tempat membeli-belah popular, Wakaf Che Yeh.
Hanya 25 minit dari Lapangan Terbang Kota Bahru, hotel ini juga berdekatan dengan Kota Bahru Mall (10 minit), Makan Diraja Kelantan (10 minit), Pusat Kebudayaan Kota Bahru, Pusat Dagangan Kota Bahru dan Pasar Siti Khadijah (15 minit).
Hotel ini mempunyai seleksi bilik antaranya Deluxe Double, Twin, Triple Deluxe, Family Suite dan Studio. Terbaharu, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bahru sedang menawarkan promosi untuk bilik Deluxe serendah RM 310 untuk 3 hari 2 malam. RM 450 untuk 4 hari 3 malam dan RM 580 untuk 5 hari 4 malam.

Hotel ini juga mempunyai restoran yang memberi anda pelbagai pilihan menu popular sarapan pagi seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Roti Telur Goyang, Telur Sarang Burung dan banyak lagi.
Jadikan Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bahru pilihan pertama anda ketika ke Kelantan dan anda akan merasa sendiri percutian yang menyenangkan!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.holidayvillahotels.com/