85363

Hotel Adya Langkawi Menyelami Percutian Patuh Syariah Namun Sesuai Untuk Semua - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-08-at-12-03-15-pm

Menyenaraikan perkhidmatan dan kemudahan patuh Syariah menjadikan sesebuah hotel itu unik dan memberikan penuh keselesaaan terutama kepada pelancong Muslim untuk menginap. Salah satu hotel yang menawarkannya ialah Hotel Adya Langkawi, Kedah.

Hotel Adya merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Kuah iaitu salah satu pusat komersial di Langkawi. Hotel di bawah pengurusan Permodalan Kedah Berhad ini amat sesuai untuk pengembara yang ingin menerokai alam semulajadi kerana ia dikelilingi laut malah ia sesuai untuk dijadikan lokasi mesyuarat, seminar dan pelbagai aktiviti perniagaan yang lain. Membawa slogan ‘Islamic, Friendly, Hospitality’ Hotel Adya mengambil inspirasi senibina dan rekaan dari Maghribi serta sentuhan kotemperari Malaysia, memberikan kedamaian dan keselesaan buat mereka yang pertama kali menjejaki pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri ini.

Hotel Adya dibuka buat pengunjung pada awal Januari 2015 dan telah dirasmikan yang dipertuan Agong Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 14 April 2016. Terletak hanya 7 minit dari jeti Kuah dan hanya 20 minit dari lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia memudahkan pengunjung untuk pergi dan balik ke Hotel Adya. Dilengkapi dengan dewan bankuet dan bilik mesyuarat ternyata amat sesuai buat syarikat yang ingin mengadakan seminar dan mesyuarat dan mana-mana individu yang ingin melangsungkan majlis resepsi, hotel ini mampu merealisasikannya. Apakan tidak, ballroom atau dewan utama mereka mampu menempatkan 450 orang dalam sesuatu masa dan mempunya 5 bilik mesyuarat yang lain.

whatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-46-am-1

whatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-46-am

Menyediakan 207 bilik yang selesa untuk menginap dan pelbagai variasi bilik terdiri daripada Superior, Deluxe, Executive, Junior Suite, Premier Suite dan Perdana Suite,  setiap bilik ini mempunyai balkoni atau beranda sendiri dan ruang peribadi untuk dinikmati. Kami telah ditempatkan di sebuah bilik di mana arah balkoni menghadap laut dan kapal-kapal peribadi di sekeliling pulau ini, ia cukup meninggalkan kenangan terindah buat kami.

whatsapp-image-2018-01-08-at-12-33-29-pm

Kami juga amat teruja apabila hotel Adya telah menyediakan dua buah kolam di mana salah satunya adalah untuk kaum wanita, di samping beriadah para pengunjung wanita tidak perlu risau tentang aurat mereka kerana kawasan itu hanya dikhaskan untuk kaum hawa sahaja dan hanya pekerja wanita sahaja ditempatkan dikawasan itu. Di samping itu, setiap bilik ada disediakan senaskah Al-quran, Yasin, sejadah dan juga kain pelikat untuk memudahkan pengujung beribadah. Bukan itu sahaja surau juga ada disediakan bagi memudahkan petugas dan orang awam untuk berjemaah. Restorannya juga menawarkan masakan dan menu 100% halal serta tidak ada sebarang alkohol dijual di sini.

whatsapp-image-2018-01-08-at-12-03-15-pm-1

Salah satu servis menarik yang ditawarkan ialah restoran Jelapang. Menyediakan sarapan pagi secara buffet dan dibuka selama 24 jam untuk memberikan perkhidmatan kepada penginap di situ. Kami sempat makan malam di Restoran Jelapang , ternyata kami amat tertarik dengan menu eksklusif mereka seperti Sago Gula Melaka, Stik Cili Padi, Sirlion Stik, Peknga Pisang dan Mi Goreng Mamak. Harga yang sangat berpatutan dan menu yang dihidangkan lazat. Tidak hairanlah hotel Adya pernah menerima Anugerah “Best 4 Star Accommodation” pada Malam Anugerah Pelancongan Langkawi.

whatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-09-am-1whatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-09-amwhatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-12-amwhatsapp-image-2018-01-08-at-11-36-10-am

Di lobi hotel juga turut disediakan pusat perkhidmatan yang menawarkan khidmat “travel and Tour Assistance” atau pelancongan dan bersiar-siar. Anda boleh mendapatkan nasihat dan pandangan ke mana dan di mana tempat-tempat menarik di sekitar pulau untuk dilawati dengan harga berpatutan.

Pihak Hotel Adya akan membuka cawangan yang terbaharu di Chenang bermula April ini dan mereka juga telah mempunyai sebuah hotel di Kuala Lumpur yang berstatus bajet. Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman sesawang www.adyahotel.com atau boleh memilih untuk mengikuti mereka di facebook – Adya Hotel Langkawi dan Instagram – @adyahotellangkawi

 

sumbangan : Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!