88091

Hotel Equatorial Melaka Antara Hotel Terbaik di Kota Bersejarah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bandaraya Melaka semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.

Namun ada hotel yang sudah agak lama terbina dan masih menjadi pilihan ramai di kota tersebut. Tersergam berdekatan pusat membeli-belah Dataran Pahlawan, Hotel Equatorial Melaka sebenarnya sudah lama menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ. Bangunan yang gah dan cantik itu dilengkapi dengan aneka bilik yang mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata. Dengan jumlah bilik yang banyak, penginapan di hotel ini menjadi lebih mudah untuk dilanggani. Kaya dengan nuansa moden, ia bersesuaian dengan gaya hidup masa kini di bandar Melaka yang mempunyai banyak pengunjung dari Eropah dan Asia.

Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan tidak terlalu jauh dari semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti Tugu A Famosa, muzium, ajnas restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk.

Seperti kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan dan bilik mesyuarat khas.

Untuk menjamu selera singgahlah di Resthouse Cafe ataupun Seri Nyonya Peranakan Restaurant untuk sajian asli baba nyonya. Untuk menikmati makanan di luar bangunan cuba K5 The Street Bistro.

Terdapat juga kolam renang yang dilengkapi dengan kolam renang khas buat kanak-kanak. Tidak dilupakan sebuah pusat gimnasium untuk bersenam. Malah tersedia juga sebuah lapangan tenis untuk mereka yang suka bermain tenis.

Pendek kata, Hotel Equatorial Melaka ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!