86604

Hotel Kuala Lumpur Journal Tampilkan ‘Selera Malaya’ Dengan Gerai Loklok Ramadan Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, hotel Kuala Lumpur Journal tampil dengan hidangan buka puasa bertemakan Selera Malaya.

Antara hidangan menarik termasuklah Kari Kepala Ikan, Ikan Pari Asam Pedas, Rendang Daging Lembu, Ayam Kapitan & Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam & Tom Yam Makanan Laut, Otak-otak Muar, aneka Kuih, dan lebih istimewa mereka juga tampil dengan Gerai Loklok, Kaunter Ulam-ulaman, Rojak Buah, Pasembur, aneka keropok dan Chocolate Fountain.

Gerai “Lok-Lok Stop” dijangka bakal menjadi kegemaran ramai dengan lebih 30 pilihan hidangan bercucuk seperti bebola ikan dan seumpamanya. Semuanya boleh direbus dengan sup kosong ataupun Tom Yam dan dienakkan lagi dengan kuah kacang.

Bayaran yang dikenakan adalah RM118 seorang untuk aneka hidangan bufet yang disebutkan tadi.

Jadi tunggu apa lagi? Singgahlah ke hotel Kuala Lumpur Journal untuk mencuba Selera Malaya mereka.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!