73329

Hotel Muse Bangkok Cantik dan Selesa - Suria FM - Segalanya Hiburan

muse-2

Sekiranya mencari tempat penginapan di kot Bangkok, terdapat ratusan hotel dan tempat penginapan pada harga yang sangat berpatutan! Namun bagi anda yang gemarkan bermalam di hotel yang agak mewah, Hotel Muse Bangkok by M Gallery Collection merupakan hotel dengan konsep tersendiri dan termasuk sebagai salah satu penginapan terbaik di Bangkok!

muse-6

Ia mempunyai lokasi yang sangat strategik dan terletak tidak jauh dari stesen BTS Chitlom (seperti sistem LRT di KL). Ia juga menawarkan perkhidmatan TukTuk percuma dari dan ke stesen BTS Chitlom. Dan sepanjang perjalanan ke stesen BTS juga terdapat banyak kedai-kedai menarik.

Lobi hotel ini juga menyediakan manisan dan gula-gula percuma untuk tamu yang hadir.

muse-3

Dengan 174 buah bilik dan suite, hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Kesemua bilik-biliknya dilengkapi kelengkapan serta kemudahan terkini dan berkualiti tinggi dari TV layar leper sehinggalah barangan mandian berjenama. Ini sebagai bukti mereka yang ingin memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang menginap di situ.

muse

Berkat keluasannya, Hotel Muse juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, dan juga aneka restoran serta tempat makan. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan.

Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai pelbagai restoran di antaranya restoran tersohor Bangkok iaitu Barbette yang terkenal dengan makanan lazat serta Speakeasy Rooftop Bar yang mempunyai pemandangan hebat dari puncak bangunan. Tersedia juga Medici untuk sajian Itali, serta lounge Le Salon .

muse-7

Kesemua restoran tadi menawarkan pemandangan terindah bandaraya Bangkok kerana kedudukannya yang tinggi. Sambil menikmati hidangan atau minuman tamu dapat menyaksikan suasana Bangkok sambil diselangi lelangit malam.

muse-9

Andai anda mahu menikmati kemewahan yang gah dan melihat keindahan pencakar langit Bangkok di awang-awangan bermalamlah di Hotel Muse Bangkok.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!