100387

Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu Ada Segalanya Untuk Anda - Suria FM - Segalanya Hiburan

KUALA TERENGGANU merupakan sebuah kota moden yang masih mengkalkan ciri-ciri tradisionalnya. Keunikkan seni kebudayaan negeri ini menjadikan Kuala Terengganu menjadi antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Jika anda bercadang ke Terengganu, mungkin anda boleh pertimbangkan Hotel Paya Bunga sebagai lokasi penginapan. Sama ada untuk urusan kerja mahupun percutian hujung minggu bersama keluarga, Hotel Paya Hotel pastinya tidak menghampakan.

Terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk, hotel Paya Bunga ini juga hanya 6.9 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lokasi hotel ini amat strategik dan dikelilingi pelbagai kemudahan seperti restoran, kafe dan pasar raya.

Dilengkapi dengan jumlah bilik yang banyak dan indah, penginapan ini memenuhi kehendak setiap pengunjung yang ingin mencari penginapan yang mudah untuk dilanggani.

Bukan sahaja setiap bilik dilengkapi dengan TV layar leper dan kemudahan internet Wifi, malah kemudahan seperti kolam renang, pusat kesihatan serta gimnasium dan restoran yang menyediakan pilihan makanan kontinental atau bufet tersedia untuk dinikmati para tetamu Hotel Paya Bunga.

Pendek kata, Hotel Paya Bunga ini lengkap dengan segala-galanya dan pastinya menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahahan negeri Terengganu!

Untuk maklumat lanjut layari https://www.payabungahotel.com/.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!