73281

Hotel Royal, Rahsia Hoi An di Vietnam - Suria FM - Segalanya Hiburan

royal2

Rakyat Malaysia secara umum mengenali dua kota besar di Vietnam iaitu Bandar Ho Chi Minh dan juga Hanoi. Namun sebenarnya tidak jauh dari kota Da Nang ada sebuah kota yang sangat indah, yang harus diterokai sekiranya berpeluang.

 

Dengan adanya penerbangan langsung ke kota Da Nang lewat salah sebuah pesawat tambang rendah Malaysia, semua orang mampu pergi ke kota Hoi An dengan menaiki teksi. Kedudukannya tidak jauh dari bandar Da Nang, dan memakan masa sekitar 30 minit sahaja dari Da Nang.

Hoi An dahulunya sebuah pelabuhan dagang yang terkenal di kalangan pedagang Jepun dan kotanya kecil dan tenang serta sangat indah. Ramai pelancong dari Barat mengerumuni kota ini dan kebanyakan orang berbasikal keliling Hoi An.

 

royal-hoian1

Terpahat berdekatan pusat kota Hoi An, Hotel Royal Hoi An berdiri megah menghiasi latar belakang sungai Thu Bon, sungai terkenal di Hoi An yang juga berdekatan dengan kawasan pusat komersial bandaraya tersebut. Hotel ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa walaupun agak baru dibangunkan.

 

Hotel Royal Hoi An kini menjadi pilihan terulung bagi tempat penganjuran acara-acara penting di kawasan itu dan tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Hoi An.

royal3

Hotel ini mempunyai 120 buah bilik mewah yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya klasik dan kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang.

 

royal4

Senireka dalaman serta hiasannya juga masih menerapkan unsur-unsur warisan Asia dan sentuhan Eropah jenama tersebut selain sedikit penggabungan elemen tradisional Vietnam. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan internet, TV LCD 42 inci, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

royal6

Untuk tujuan menjamu selera pula, hotel ini menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Selain Faifo Cafe yang memang sudah menjadi salah satu identiti khas hotel ini di mana para tamu boleh menikmati sajian enak berlatarbelakangkan Sungai Thu Bon, mereka turut mempersembahkan sebuah restoran Jepun bernama Wakaku. Tidak ketinggalan The River bar untuk menikmati minuman dan bersantai.

royal-7

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan Woosah Spa untuk tamu yang inginkan rejuvenasi di samping ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Dan istimewa buat tamu hotel, terdapat perkhidmatan basikal percuma yang boleh dipinjam untuk bersiar-siar sekitar kota Hoi An. Ini memang satu kebiasaan di situ kerana kawasan permukaan tanahnya datar serta memudahkan pelancong untuk berbasikal keliling kota!

royal5

Dengan pemandangan terhebat kota Hoi An dari setiap jengukan jendela dan iringan bayu sungai Thu Bon, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Hoi An, bermalamlah di Hotel Royal Hoi An kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

 

Untuk lebih banyak destinasi pelancongan menarik klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!