73256

Houka By Elox Pilihan Muslim Moden - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama baru yang berkonsep Islamic Street Wear, Elox memperkenalkan baju yang diberi nama Houka yang membawa ciri lelaki Muslim moden.

Menurut pemilik jenama ini, Fikry Ibrahim yang juga merupakan seorang selebriti, idea untuk mengeluarkan Houka ini adalah kerana anak muda zaman sekarang yang mahukan sesuatu yang berkonsep ’Hipster’ dan ringkas.screen-shot-2017-06-09-at-4-03-47-pm

Perkataan Houka itu sendiri berasal dari perkataan ‘dakwah’ tetapi diberi nafas yang lebih moden supaya sesuai dengan konsep Elox itu sendiri.

Kata Fikry lagi, pakaian Houka ini terinspirasi dari jemaah tabligh tetapi diselitkan unsur budaya dan moden di dalam rekaannya.

screen-shot-2017-06-09-at-3-56-47-pm

Potongan baju ini yang labuh seakan kurta memang sesuai untuk dibawa solat. Malah lengannya juga sengaja direka ke paras siku supaya mudah untuk mengambil wuduk.

screen-shot-2017-06-09-at-3-56-12-pm

Menggunakan material ‘cotton high end 40’ , Houka ini hadir dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Sebanyak tiga saiz dikeluarkan iaitu S,M, dan L.

screen-shot-2017-06-09-at-4-06-49-pm

Selain itu, Elox turut mengeluarkan seluar untuk dipadankan dengan Houka yang turut terinspirasi dari jemaah tabligh.

screen-shot-2017-06-09-at-4-06-04-pmscreen-shot-2017-06-09-at-4-06-28-pm

Bagi pembeli yang membeli sepasang Houka dan seluar, anda bakal mendapat kopiah secara percuma.

screen-shot-2017-06-09-at-4-10-46-pm

Untuk mendapatkan koleksi ini bolehlah lawati laman Instagram @Elox.Troxx atau melalui aplikasi Whatsapp di 0195446441.

 

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!