73200

Huawei Kembali dengan P10 dan P10 Plus - Suria FM - Segalanya Hiburan

huawei-p10_dazzling-blue-4

Buat anda penggila peranti dan telefon bimbit terkini, ada berita baik untuk anda semua. Jenama Huawei kini kembali dengan model telefon bimbit terbaru mereka iaitu P10 dan P10 Plus. Ini menjadikan Malaysia di antara negara terawal yang dapat mengalami telefon canggih ini.

Kedua-dua telefon bimbit HUAWEI P10 dan P10 Plus, memang canggih dan bergaya, malah ia dijuruterai bersama dengan jenama kamera tersohor Leica, yang membawa kesan khas persis studio untuk meningkatkan lagi seni fotografi potret. Dengan kerjasama khas bersama peneraju dunia warna iaitu Pantone Color Institute, koleksi telefon terbaru ini tampil dengan rona terkini bersesuaian dengan kemasan Hyper Diamond. Ini menjadikannya telefon pintar fotografi paling canggih masa kini.

huawei-p10-plus_prestige-gold-1

Buat pertama kali dalam sebuah telefon pintar. Huawei menampilkan kamera depan Leica untuk edisi P10 dan P10 Plus demi melengkapi kamera belakang Dwi Leica untuk menghasilkan gambar bermutu profesional.

Huawei juga telah memperkenalkan P10 Lite buat mereka yang mahukan kemewahan pada harag mampu milik. P10 Lite sesuai buat anda yang berjiwa muda dan suka bergaya. T

Bermula 23 Mac lalu, kesemua rakyat Malaysia sudah boleh memesan Huawei P10, P10 Plus dan P10 Lite di Huawei Experience Store, Lazada serta Vmall.

huawei-p10_graphite-black-9

Himpunan ini akan mula dijual di semua tempat bermula 31 Mac ini. Harga jualan bermula pada RM1299 untuk P10 Lite dengan RAM 4GB + penyimpanan 32GB, RM3099 untuk Huawei P10 Plus dengan RAM 6GB + penyimpanan 128GB serta RM2499 untuk Huawei P10 RAM 4GB + penyimpanan 64GB.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!