86678

Hush Puppies Tampil Dengan Edisi Terhad “The Decades Collection” - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Dalam sejarah 60 tahun penubuhannya, jenama kasut terkenal Hush Puppies telah tampil dengan rekaan yang dekat di hati penggemar kasut seperti Chukka, Walla, Oxfords, Derby, Sneaker dan Sandal.

Klasik dan kasual pada rekaannya, jenama ini terus berinovasi melalui teknologi kasutnya yang tersendiri dan gaya yang asli kepada setiap pemakainya.

Dalam acara “Hush Puppies 60th Anniversary Thru The Decades” bulan lalu jenama ini melancarkan koleksi edisi terhad atau The Limited Edition Decades Collection yang mengetengahkan 6 rekaan terbaru dan pada masa yang sama, memperkenalkan The Icon58 – Shiba Brogue Oxford, the Hush Puppies of Today. Koleksi terhad ini hanya boleh didapati di butik-butik Hush Puppies yang terpilih iaitu 1 Utama, Pavilion, City Square dan Gurney Paragon.

Pemangku Presiden Pembangunan Produk Global Hush Puppies, Kerry Hartman menjelaskan, inspirasi di sebalik ‘Decades Collection’ bersambung kait dengan aliran fesyen dan ‘pop culture’ pada setiap dekad, bermula dari Hush Puppies ditubuhkan pada 1958 dan dekad seterusnya sehingga memasuki tahun 2000.

Hush Puppies Icon58 Collection, menampilkan The Shiba Brogue Oxford amat bersesuaian dengan gaya fesyen kasual terkini. Koleksi dengan perincian tapak ‘shadow dog’ ini ternyata sungguh praktikal dan selesa untuk digayakan.

Koleksi edisi terhad Hush Puppies – Decades Collection sempat digayakan oleh jejaka-jejaka moden lagi hebat iaitu Peter Davis, Nazim Othman, Mas Khan, Arja Lee, Ebeden Mung dan Lucas Lau.

Dijual pada harga RM699, ayuh ikuti pengembaraan dari tahun 1958 hingga ke tahun 2018 di mana setiap rekaan kasut ini disuntik semangat kegembiraan & kebebasan gaya kasual yang sinonim dengan Hush Puppies.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!