73361

Ibis Styles Yogjakarta Yang Cantik Dan Strategik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak kebelakangan ini ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel paling popular di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Ibis.

img_9417

Jika nama Ibis lebih terkenal di di Jakarta namun rangkaian hotel Ibis di salah satu kota popular Indonesia, iaitu Yogjakarta turut mendapat perhatian ramai. Ibis Styles Yogjakarta merupakan hotel yang menduduki kawasan penuh seni di kota ini. Ia hanya lima minit dari Jalan Malioboro yang terkenal dengan pelbagai kedai seni dan makanan yang sememangnya sinonim dengan Jogja. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari kawasan-kawasan popular yang lain dan hanya 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Adisucipto.

img_9875

Kesemua bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu, senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan konsep aneka warna dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari. Ini menjadikan suasana penginapan lebih menyamankan.

img_9322

Di dalam bangunan hotel ini juga ini para tamu akan menemui sebuah restoran iaitu Streats dan sebuah Lobby Bar serta enam buah bilik mesyuarat. Ini menjadikannya sebuah hotel yang sangat praktikal untuk mengadakan seminar atau mesyuarat serta acara-acara seumpamanya.

img_9876

Berbekalkan suasananya yang segar, ranggi dan ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan.

img_9952

Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi kalau ke Yogjakarta, cubalah bermalam di sini. Ia pasti memenuhi citarasa anda yang inginkan kemudahan dan keselesaan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!