101827

Imperial Regency Suites & Hotel, Lokasi ‘Staycation’ Di Tengah Bandar Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isu pandemik Covid-19 amat merunsingkan dan sehinggakan perancangan bercuti di luar negara mahupun luar negeri terbantut. Namun begitu itu tidak bermakna tiada tempat untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau kawan-kawan di dalam Kuala Lumpur itu sendiri.

Bagi mereka yang menginap di Kuala Lumpur atau yang merancang melancong ke Kuala Lumpur, tempat penginapan Imperial Regencu Suites & Hotel ini merupakan pilihan terbaik untuk menginap atau ‘staycation’.

Terletak di Jalan Pantai Baru, hotel ini  menyediakan tempat penginapan yang jauh dari kesibukan pusat bandar dan terletak di bangunan yang sama dengan Stesen LRT Kerinchii serta hanya 800 meter ke Stesen LRT Universiti.

Lokasi hotel ini sangat strategik dengan kemudahan pengangkutan awam serta berhampiran dengan pusat membeli belah terkemuka seperti Mid Valley Megamall berada 2.9 km dari hotel, manakala Bangsar Village terletak sejauh 3 km. Pusat tumpuan pelancong, Pasar Seni pula terletak 6.6 km dari tempat penginapan ini.

Pusat membeli belah Suria KLCC dan mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas pula berada dalam jarak 10 km dari hotel. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pula berjarak 65 km.

Semua bilik dilengkapi dengan alat penghawa, TV satelit skrin rata, WiFi dan kemudahan asas yang lain seperti meja kerja, pengering rambut, peti ais kecil, kemudahan membuat air teh dan kopi, serta bilik mandi yang lengkap dengan mandian air panas dan peralatan mandian percuma.

Jadi tunggu apa lagi? Hubungi Imperial Regency Suites & Hotel sekarang dan nikmati percutian bersama keluarga tersayang disana!

HUBUNGI  Imperial Regency Suites & Hotel

Alamat: Tower D, Bangsar Trade Centre (formerly known as Plaza Pantai), Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur

Tel: +603 2201 5888

Fax: +603 2202 1313

Email: reservation@imperialregencysuites.com

Website: www.imperialregencysuites.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!