73119

Perkara Yang Suami Boleh Lakukan Ketika Isteri Berpantang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ketika berpantang, isteri anda sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari seorang suami selain dari orang lain. Dalam tempoh berpantang, masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang isteri anda. Tetapi dalam masa yang sama anda perlulah bersama-sama meringankan bebanan oleh seorang isteri selepas bersalin.

Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Suami Ketika Isteri Berpantang :

  • Perhatian kepada isteri anda

Anda perlulah memberikan perhatian kepada isteri anda. Memberikan belaian dan kata-kata ransangan untuk isteri anda. Secara tidak langsung, memberikan semangat kepada isteri anda.

  • Tidak memberikan tekanan

Anda hendaklah tidak memberikan tekanan kepada isteri anda kerana isteri anda masih lemah. Terutama kerja rumah. Apa kata, anda mengemas rumah, membasuh baju, ampai baju, lipat baju dan memasak. Mungkin anda tidak biasa. Tetapi tidak salah untuk belajar.

  • Sediakan makanan untuk isteri anda

Ringankan tulang untuk masakkan makanan yang sesuai untuk isteri berpantang. Sekiranya tidak tahu, bertanya kepada isteri anda atau pun membuat carian di Internet. Masakkan makanan yang berkhasiat, mudah dan senang dipelajari oleh suami.

  • Uruskan bayi

Mungkin anda boleh meluangkan sedikit masa selepas balik dari kerja. Pastikan suami sudah mandi dan segar. Dukung dan layan bayi anda. Dalam masa yang sama, isteri anda boleh berehat sebentar.

  • Jangan kejut isteri anda ketika tidur

Isteri anda memerlukan rehat yang secukupnya. Sekira anda perlu bertanyakan sesuatu, diharapkan bukan soalan yang remeh temeh.

Sumber : tokeinfo

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!