87972

InterContinental Kuala Lumpur : Sebutir Permata di Pusat Bandaraya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja Kuala Lumpur, pasti kita terbayang sinaran lampu-lampu yang menerangi bandaraya gah ini setiap malam. Ibunegara Malaysia ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia Tenggara. Seiring arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional pelbagai kaum dan bangsa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik serta pusat-pusat komersial yang lain.

Bagi menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang daripada pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang paling menyerlah kewujudannya di pusat Kuala Lumpur adalah Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Hotel berbintang lima ini merupakan salah satu daripada ribuan hotel di bawah kumpulan IHG yang sangat dikenali di seluruh dunia. Ia berada di pusat bandaraya KL dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Dengan konsep moden yang bertemakan kata-kata “a jewel in the heart of Malaysia” ( sebutir permata di pusat Malaysia), hotel ini menawarkan 473 buah bilik yang menerapkan unsur-unsur senireka dalaman dengan elemen-elemen ‘permata’ di setiap bahagian bilik. Ini termasuk 110 buah bilik Grand Premiere yang baru sahaja direka semula dengan seni hiasan kontemporari yang indah dan moden. Setiap bilik mempunyai TV layar leper serta kemudahan tercanggih masa kini.

Berbekalkan kemudahan internet percuma di dalam bilik dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat serta dewan yang dapat memuatkan sehingga 600 orang di samping pusat perniagaan (business centre) untuk hal-hal lain. Hotel ini mempunyai lobi yang luas dan selesa dengan hiasan chandelier kristal sebagai tarikan utama. Ia turut dilengkapi dengan lounge yang dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai apalagi dengan adanya pelbagai kemudahan tercanggih bagi memudahkan penginapan para tamu.

Yang pasti, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Serena Brasserie yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu Malaysia, oriental serta antarabangsa. Mereka juga mempunyai sebuah Restoran Jepun bernama Tatsu yang menghidangkan aneka sajian unik.

Lebih menarik lagi mereka mempunyai sebuah restoran makanan Cina bernama Tao yang menghidangkan sajian menggunakan daging yang halal. Banyak menu yang harus dicuba di situ termasuk itik panggang mereka yang sangat menyelerakan. Tidak dilupakan juga aneka dim sum yang tidak kurang hebatnya.

InterContinental Kuala Lumpur juga menyajikan minuman petang khas dengan nama ‘Secret Garden Afternoon Tea’. Ia menampilkan sembilan jenis kek dan pastri berserta skon untuk jamuan ringan yang dihidangkan di dalam sebuah laci putih khas yang menarik. Ia turut diserikan dengan minuman teh semestinya.

Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta spa, dan untuk itu ada tersedia spa serta gimnasium untuk kegunaan para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian. Bagi yang ingin bersantai pula bolehlah ke Bentley’s Pub untuk menonton rancangan-rancangan sukan seperti bola sepak sambil menikmati minuman. Jika masih belum puas, berendamlah seketika di kolam renang di tingkat lima.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel InterContinental Kuala Lumpur dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, stesen LRT Ampang Park, dan kawasan utama perniagaan. Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang bersih, dekat dan mempunyai harga berpatutan biarpun bertaraf lima bintang.

 

Untuk maklumat lanjut layari http://kualalumpur.intercontinental.com/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber