95902

Introspeksi Diri di Ubud Aura Retreat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Destinasi Ubud, Bali seringkali menjadi tumpuan kaki seni atau mereka yang gemarkan kedamaian dan kehijauan alam semulajadinya. Lokasi pelancongan seperti Ubud Art Market, Tegalallang Rice Terrace dan Muzium Seni Neka merupakan antara tempat yang sering dikunjungi pelancong. Namun, Ubud bukan sahaja terkenal sebagai pusat seni Bali dan sawah padinya. Di kalangan pengamal meditasi dan yoga Ubud juga menjadi salah satu lokasi terkenal untuk mereka bercuti di samping melakukan aktiviti-aktiviti introspeksi diri.

Terdapat pelbagai tempat yang menawarkan pakej penginapan bagi mereka yang inginkan suasana rejuvenasi diri secara holistik. Salah sebuah penginapan yang terkenal di Ubud bagi tujuan ini ialah Ubud Aura Retreat Centre. Terletak di tengah pekan Ubud, ianya memudahkan penginap untuk berjalan ke pelbagai kedai yang berhampiran dan restoran.

Ubud Aura Retreat juga menawarkan lima jenis bilik penginapan mengikut kepada citarasa masing-masing iaitu Suite, Deluxe, Superior, Garden dan Zen room. Para penginap pula boleh memilih pakej yang disediakan bagi memenuhi aktiviti yoga dan meditasi. Pakej-pakej yang boleh dipilih antaranya 4 Days Discovery and Recharge Retreat, 6 Days Rejuvenate and Revitalize Retreat dan 9 Days Spring Bliss Retreat.

Selain dari meditasi dan yoga penginap juga boleh memilih enam jenis perawatan spa yang ditawarkan antaranya Revive Treatment, Yogurt Massage dan Herbal Therapy. Ubud Aura Retreat juga menyediakan pakej bagi mereka yang ingin berkunjung secara berkumpulan sehingga 24 orang.

Sekiranya anda merancang percutian ke Ubud bagi tujuan meditasi, yoga dan perawatan tradisional, maka ini adalah antara pilihan ‘retreat’ yang terbaik untuk anda ke Ubud. Layari https://ubudaura.com/ atau Instagram @ubudaura untuk maklumat lanjut.

 

Artikel sumbangan: Wan Azfarozza

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!