93855

Jenama Kesihatan OGAWA Jadi Sebahagian Platform Sehenti Mari Mari Home - Suria FM - Segalanya Hiburan

OGAWA (Healthy World Lifestyle Sdn. Bhd.) menyertai kerjasama yang terdiri daripada DELUX Stainless Steel Sdn. Bhd., SENZ Marketing (M) Sdn. Bhd., Unity Kitchen Sdn. Bhd., dan Korea Wallpaper (HQ) Sdn. Bhd., dan menawarkan produk kelengkapan rumah yang tercangih seperti kerusi urut, pintu pagar automatik, pintu sekuriti, sistem perbumbungan, peralatan dapur, kabinet dapur, almari serta kertas dinding dalam satu platform mudah untuk para pelanggan.

Pengarah Eksekutif OGAWA World Bhd. (syarikat induk Healthy World Lifestyle Sdn. Bhd.), Lim Mee Ling, berkata mari mari home merupakan satu platform yang sangat bagus bagi jenama kelengkapan rumah terkemuka di dalam industri untuk mempromosi dan mendekati pelanggan dengan lebih baik. Beliau berkata, “OGAWA dan jenama berkerjasama mempunyai objektif yang sama, di mana kami mengutamakan gaya hidup yang berkualiti dan sempurna. Dengan adanya mari mari homekami berharap para pelanggan dapat memperoleh manfaat terbaik daripada penggunaannya.”

 

Dengan warisan sejak 23 tahun yang lalu dalam membekalkan produk kesihatan kepada warga Malaysia, OGAWA sentiasa terdorong untuk menawarkan yang terbaik dalam kesihatan. Demi usaha memenuhi permintaan para pelanggan, OGAWA berhasrat meluaskan liputannya melalui kerjasama ini bersama Unity Kitchen. Kekal kepada visi OGAWA untuk “hidup dan menyampaikan kesihatan setiap hari ke mana-mana, kerana kami percaya bahawa setiap orang layak menikmati kehidupan yang sihat”, kerjasama ini bermatlamat menyediakan produk kesihatan OGAWA bagi setiap orang dengan platform sehentian mari mari home serta pilihan produk isi rumah yang luas.

“Visi mari mari home adalah supaya menjadi platform jenama isi rumah terbesar di Malaysia dengan rebat hebat kepada lebih sejuta pelanggan platform kami pada masa ini,” kata Erny Looi, pengasas mari mari home dan Unity Kitchen Sdn Bhd. “Dengan lebih banyak jenama menyertai mari mari home pada masa depan, para pelanggan akan diberi saranan terbaik untuk produk kelengkapan rumah dengan rebat dan promosi.”

OGAWA dan Unity Kitchen juga akan bergabung untuk mencipta rekod Malaysia Book of Records yang baharu, demi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengutamakan kesihatan. Semua dipelawa menyertai acara bersejarah ini.

Berhasrat melengkapkan rumah baharu anda atau nikmati kesihatan dari keselesaan rumah anda dengan kerusi urut OGAWA terbaru dengan kualiti dan nilai terbaik? Kunjungi salah satu jenama berafiliasi mari mari home agar dapat menikmati pakej kombinasi dan/atau harga diskaun bila anda melanggan lebih daripada satu jenama berafiliasi! Jangan terlepas tawaran eksklusif OGAWA untuk kesemua ahli mari mari home! 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!