100094

Jenama Tempatan YEE LEE Anjurkan Peraduan Menang! Menang! Menang! Sempena Bulan Kemerdekaan - Suria FM - Segalanya Hiburan

TANGGAL 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang tidak akan pernah dilupakan rakyat Malaysia. Tarikh inilah tarikh dimana Malaysia mencapai kemerdekaan dan melalui kemerdekaan inilah semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan etnik hidup bersama dengan harmoni dan sejahtera. 

Kemeriahan dalam mengibarkan bendera ketika bulan kemerdekaan antara simbolik patriotisme yang membayangkan kebersamaan antara rakyat Malaysia. 

Walaubagaimanapun, tindakan mengibar bendera bukan satu-satunya mengekspersikan semangat patriotisme. Patriotisme juga boleh ditunjukkan melalui menyokong produk buatan Malaysia. Tetapi, adakah anda tahu jenama manakah adalah jenama tempatan kita? 

Kumpulan Yee Lee telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan telah mengharungi segala perkembangan dalam dunia perniagaan di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya. 

Produk Yee Lee yang merangkumi kategori seperti minyak masak, produk penjagaan rumah, produk penjagaan mulut, mee segera adalah antara produk yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. 

Bagi memberi balik kepada rakyat Malaysia dan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun ini, Kumpulan Yee Lee memperkenalkan peraduan Menang! Menang! Menang! bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2020. 

Oleh kerana sambutan yang cukup menakjubkan pada tahun lepas, peraduan Menang! Menang! Menang! Yee Lee kali ini akan memberikan hadiah lumayan sebanyak RM250,000 kepada seramai 16,000 pemenang! 

Bagaimana caranya? Senang sahaja. Ikut langkah di bawah:- 

  1. Beli barang jenama Yee Lee yang terlibat sekurang-kurangnya RM6 dalam satu resit. 
  2. Imbas kod QR peraduan atau kunjungi laman web yeelee.my/menang63 untuk menyertai
  3. Pemenang akan menerima panggilan dari nombor rasmi Yee Lee iaitu 010-2307276 

 

Apakah hadiah yang menanti anda? 

  1. Setiap peserta giliran ke-6* dan seramai 15,852 orang akan memenangi kredit RM10 Touch ‘n Go eWallet.


  2. Setiap peserta giliran ke-630* dan seramai 148 orang akan memenangi kredit RM630 Touch ‘n Go eWallet.

Apakah jenama produk yang terlibat?

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari laman web rasmi  yeelee.my/menang63

Untuk lebih memahami cara menyertai peraduan Menang! Menang! Menang! ini, jangan lupa menonton vlog dari penyampai Suria, Ajak, Cik Piah dan Fizi!


 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!