73291

Makanan Lazat dan Suasana Berbeza di Jibby & Co. - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-05-pm

Biarpun restoran ini sudah lama beroperasi, namun masih ramai rupa-rupanya yang belum pernah menginjakkan kaki ke sini.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-2

Bernaung di pawah payung yang sama dengan jenama rantaian restoran terkenal Serai, Jibby & Co. merupakan sebuah idea yang lahir dari konsep penyediaan makanan yang serupa tapi lebih menjurus kepada unsur-unsur masakan barat.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-4

Nama restoran Jibby & Co. sebenarnya sering juga meniti di bibir para penghuni Lembah Kelang kerana kemasyhuran makanannya yang lazat.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-3

Selain itu, senireka premis dua tingkatnya sendiri agak unik berbanding restoran-restoran lain di Malaysia.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-07-pm-1

Berdindingkan kaca di sekeliling, Jibby & Co. mewujudkan suasana menjamu selera yang menenangkan dengan resepi-resepi tersendiri.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-7

Antara yang sering menjadi pilihan para pengunjung adalah Panko Stuffed Chicken Breast berupa hidangan dada ayam yang disumbat dengan keju dan disalut sos krim bawang putih.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-07-pm-2whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-07-pm-3

Ini diikuti dengan Beef Ribs Glazed with Thai Chili BBQ yang merupakan daging lembu yang dimasak enak dengan sos cili Thai berserta sedikit nasi.

Selain itu, mereka juga mempertaruhkan burger istimewa dalam bentuk Soft Shell Crab Burger yang menggunakan ramuan makanan laut sebagai daging burger dalaman.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-5

Untuk pencuci mulut pula terdapat Fluffy O’s berupa donat-donat kecil dengan salutan sos cokelat dan manisan lain untuk mengakhiri sajian. Ada juga pilihan kek-kek lain seperti kek lava coklat (Mr Lova Lova) dan juga kek Meringue dengan kacang Hazel (Meteor).

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-06-pm-6

Ini merupakan sebahagian sahaja daripada hidangan enak yang ada di Jibby & Co. Restoran ini sebenarnya mempunyai banyak lagi pilihan resepi yang lazat dan perlu dicuba oleh pencinta makanan.

Jika panasaran dan ingin mengetahui sendiri rasa sebenar makanan di sini, singgahlah ke Jibby & Co. yang terletak di pusat membeli-belah Empire di Subang Jaya.

whatsapp-image-2017-07-24-at-2-39-05-pm-1

Untuk lebih banyak ulasan makanan dan tempat makan sila klik di sini

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!