95816

Jom Berhibur Di KL International Urban Youth Festival - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dengan iltizam merakyatkan seni kepada masyarakat, DBKL melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan bakal menganjurkan acara KL International Urban Youth Festival yang bakal berlangsung di Dataran Medan Pasar pada 14 Disember 2019 dengan penampilan kepelbagaian acara dari sesi persembahan seperti muzik, seni graffiti, x-games hinggalah E-sport.

Acara kemuncaknya ialah bakal menampilkan kepelbagaian nuansa muzik dalam dan luar negara yang selaras dengan jiwa remaja kota seperti Hip-hop, Indie Rock, Reggae dll.

Di antara selebriti yang terlibat ialah Ras Muhamad, Bittersweet, Ryotjones, Banyak Bunyi Republik, Diplomat of Drum berserta dengan variasi acara seperti sessi open mic, B-boy dan lain-lain aktiviti sepanjang acara berlangsung.

 

 

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Tuan Mohd Nazam bin Harun, penganjuran festival ini juga adalah tertakluk kepada salah satu manifesto dibawah program Inisiatif Wilayah Peduli yang membuka ruang bagi golongan remaja warga kota untuk berekspresi dengan kepelbagaian Sub-budaya yang mereka minati secara sihat dan terkawal dan dalam masa yang sama turut membuka ruang niaga sepanjang acara berlangsung, yang pastinya dapat meningkatkan ekonomi golongan ini.

“Pada peringkat awal ini, sebagai pemula, KL International Urban Youth Festival berlangsung dengan skala sederhana serta penglibatan dari aktivis seni Negara berhampiran sahaja seperti dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Insyaallah dimasa akan datang akan kami kembangkan acara ini dengan penglibatan penyertaan yang lebih luas lagi. Diantara objektifnya akan menjadikan acara sebegini sebagai diantara produk pelancongan bagi kota Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.

“Salam silaturahim buat Malaysia, moga keterlibatan saya dalam acara ini dapat merapatkan lagi tali persaudaraan serta meraikan rasa hormat dan cinta sesama tetangga,” Ujar Ras Muhamad yang telah diangkat menjadi Duta Reggae Indonesia; amat teruja untuk mengadakan persembahan pada malam tersebut.

“Bagi warga kota yang merindui Bittersweet, sila datang ke Dataran Medan Pasar Sabtu ini. Ianya platform terbaik untuk anda merehatkan minda setelah seminggu penat bekerja. Ujar Fizan, sang pelantun suara Bittersweet yang amat popular dalam kalangan peminat Rock Indie dengan lagu-lagu seperti Kucing Hitam, Capital E dan lain-lain.

Dengan demikian amatlah diharapkan kehadiran ramai bagi memeriahkan acara yang diadakan secara PERCUMA pada hujung minggu ini. Ianya pusat sehenti kepelbagaian acara yang amat menarik bukan sahaja dikalangan golongan remaja, malah seisi keluarga.

*Untuk sebarang kenyataan tambahan boleh menghubungi saudara Faqrul Hakim Bin Hidzir, Penolong Pengurus Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL di Talian 0182549003.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!