90299

Jom ke Ekspo Kucing 2018! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pet Expo Malaysia – Ekspo Kucing 2018, kembali lagi untuk kali kedua. Acara yang dibawa oleh Murni Expo Sdn Bhd ini dijangka menjadi ekspo kucing terbesar Malaysia dengan lebih banyak tarikan. Bakal berlangsung selama tiga hari di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC) bermula 5 Oktober 2018 jam 11 pagi, ia terbuka kepada orang awam dan menampilkan kucing serta haiwan-haiwan kecil sahaja.

Objektif utama pameran ini adalah untuk mempromosi penjagaan haiwan peliharaan yang lebih bertanggungjawab dan mengekalkan industri haiwan peliharaan tempatan selain menyediakan platform yang lebih berkesan untuk peserta mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka di pasaran.

Pet Expo Malaysia – Ekspo Kucing 2017, telah meraih rekod lebih daripada 16,000 pengunjung sepanjang tiga hari. Ia menampilkan peserta dari 60 negara yang mengambil bahagian, ini merangkumi 200 jenama termasuk peserta daripada Singapura, Thailand, China, Taiwan, UK, Jerman, Amerika Syarikat, Republik Czech Republic, Itali dan banyak lagi.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pertandingan Kucing Antarabangsa atau ‘International Cat Competition’ (anjuran Fédération Internationale Féline (FIFE)), Pameran Haiwan Peliharaan Eksotik atau ‘Exotics Pets Display’, pertunjukan arnab, perkongsian pendidikan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pihak penganjur juga telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan acara ini selamat untuk semua pengunjung dan haiwan terbabit.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai ke Pet Expo Malaysia – Ekspo Kucing 2018 di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC) hari ini!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!