98947

Jom Tapau Juadah Aidilfitri Dari Tropicana Golf & Country Resort! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kami akan memenuhi permintaan anda untuk Hari Raya ini!

Dengan ‘Jom Tapau’ Tropicana Golf & Country Resort, sekarang anda boleh memesan secara dalam talian melalui jomtapau.tropicanagolf.com untuk servis penghantaran atau pandu lalu.

‘Juadah Aidilfitri’ 2020 Tropicana Golf & Country Resort pastinya akan memeriahkan lagi Hari Raya anda dengan pilihan 2 menu menarik daripada Chef Eksekutif Tropicana Golf & Country Resort, Chef Zaihari antaranya : Rendang daging dan ayam, lemang, ketupat palas, rojak buah, bubur kacang merah, ayam masak merah, Kurma kambing, dalca sayuran, nasi tomato, dan bubur pulut hitam. Pastinya kedua-dua set menu ini senang dikongsi sesama keluarga tercinta.

Selain daripada itu, Tropicana Golf & County Resort juga mempunyai menu tambahan yang istimewa seperti sate ayam dan daging, rusuk kambing panggang, briyani ayam dan kambing, tauhu bergedil, Vietnamese Shrimp Roll dan banyak lagi yang menepati citarasa anda.


 

Musim perayaan sememangnya digalakkan bersedekah dan Tropicana Golf & Country Resort bersedia memenuhi niat murni anda untuk memberikan juadah istimewa Hari Raya kepada barisan hadapan atau kepada mereka yang memerlukan. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna untuk kita semua!

Layari sekarang jomtapau.tropicanagolf.com atau hubungi 03 78041919/03 78048888 ext 306 atau WhatsApp 012 2997815 untuk memesan; atau layari laman Facebook Tropicana Golf & Country Resort untuk maklumat lanjut.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!