86667

Juadah Nusantara di Cinnamon Coffee House - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena Ramadan ini Cinnamon Coffee House di One World Hotel tampil dengan ajnas hidangan bertema Juadah Nusantara.

Pelbagai hidangan menarik yang ditawarkan seperti  acar, kerabu, ulam – ulaman and sup dan aneka kuah serta banyak lagi. Ini dilengkapkan lagi dengan lauk-pauk seperti Ikan Keli Masak Berlada, Daging Deng Deng, Bubur Lambuk, Ayam Goreng Berempah, Kambing Semur serta Udang Masak Sambal Hijau.

Tersedia juga Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ayam Percik, Ketam Kalio, Sayur Masak Nangka, Rojak Sotong Kangkong, Ikan Halibut goreng dilumur kuah telur asin, Udang mentega, Kambing Mandy, Nasi Daging Briyani Gam dan banyak lagi.

Untuk pencuci mulut pula ada aiskrim, Tepung Pelita, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, kek Durian, Dodol dan Tiramisu Kelapa.

Promosi Juadah Nusantara bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga bermula dari RM168 untuk seorang dewasa dan RM84 untuk seorang kanak-kanak hingga 14 Jun 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!