85400

Jurassica : Taman Tema Pertama Berkonsep Dinosaur di KL - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-02-21-at-4-06-43-pm

Jurassica, sebuah taman tema yang mendidik dan memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami erti pemuliharaan planet dan alam sekitar di Malaysia kini dibuka di The Gardens Mall.

Ia juga merupakan taman tema pertama berkonsep zaman dinosaur.

Jurassica memperjuangkan kelestarian planet Bumi dengan membangkitkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar yang memberi kesan kepada penduduk dunia seperti isu iklim global dan seumpamanya.

Berbeza dengan taman tema-dino dan pameran lain, pesanan tentang pemeliharaan planet di Jurassica disampaikan lewat ruang pendidikan serta hiburan dan juga keseronokan sekeluarga.

whatsapp-image-2018-02-21-at-4-06-42-pm

Tamu yang berkunjung ke Jurassica dipanggil Earth Cadets dan terpaksa mengembara merentas waktu ke Jurassica. Di sini para kadet terpaksa mengumpul spesimen pra-sejarah yang diperlukan untuk menyelamatkan planet dalam sebuah pemuburuan RFID dengan pelbagai tarikan menarik.

whatsapp-image-2018-02-21-at-4-06-42-pm-2

Selain itu para kadet juga terpaksa berhadapan dengan dinosaur animatronik, jambatan gantung gunung berapi, lubang pasir, dinding panjatan interaktif, zon reptilia hidup dan macam-macam lagi.

Untuk menjadikannya lebih menarik Jurassica turut bekerjasama dengan kumpulan Hi-5 – sebagai duta Jurassica ‘Save Our Planet Program’, dengan harapan mendidik generasi muda.

whatsapp-image-2018-02-21-at-4-06-42-pm-1

Tiket masuk untuk kanak-kanak dan dewasa berharga RM48 untuk rakyat Malaysia dan RM58 untuk rakyat asing pada hari biasa manakala RM58 untuk rakyat Malaysi dan RM68 untuk warga asing pada cuti umum dan cuti sekolah. Waktu operasi 10 pagi sampai 10 malam.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!