
/wp-content/uploads/2015/08/pexels-photo-31329-1170x678.jpg)
Pernah tak anda fikir apa yang akan terjadi KALAU LAH lelaki tahu sikap perempuan yang sebenar-benarnya di sebalik perangai, sikap dan kelakuan perempuan tu sendiri? Jeng..jeng..jeng..! Sikap perempuan memang sangat unik dan sukar untuk diduga dan kadangkala perlakuannya bertentangan dengan perasaan hati mereka sendiri. Setiap perkara yang dilakukan oleh perempuan tidak semestinya menggambarkan siapa dirinya yang sebenar. Cuma mereka dan orang yang rapat je yang akan faham hati dan perasaan mereka. Perempuan mesti pernah merasakan keadaan dimana mereka terfikir alangkah bagusnya KALAU LAH lelaki tahu benda ni. Siapa yang cakap ‘tak pernah’ tu jangan nak menipu ehh.
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang pasti lebih menarik KALAU LAH lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya disebalik setiap kelakukan mereka.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan seperti tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang dan tidak mempercayai anda, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan seorang perempuan adalah sangat kuat. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan jarang cakap ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak lagi cinta kan anda tetapi dia inginkan lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir cuma dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa dan gerak-gerinya.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segala-galanya dalam hatinya. Wah! Gituu…
Kalau lah lelaki tahu
Apabila seorang perempuan itu menangis, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu yang dicintainya sepenuh hati.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Seperti juga pasangan yang baru bercinta, mereka jarang-jarang bergaduh. Tetapi percayalah apabila sudah lama bercinta dan perasaan sayang kepada seseorang semakin bertambah, maka secara automatik banyak pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan bercakap banyak dan bercerita tidak henti-henti, dia tidak bermaksud untuk membuat anda rimas dan bosan, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Kalau lah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mungkin mereka akan lebih menghargai dan menyayangi mereka.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan merajuk, janganlah kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah banyak-banyak dan mahal, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa diri mereka dihargai.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan mengatakan bahawa dia rindu sama kamu, miss you sangat-sangat, dia benar-benar maksudkannya. Kalau lah lelaki tahu, apabila berjauhan, bayanganan anda akan sentiasa bermain di mata dan akan sampai satu masa perempuan akan menangis tanpa mereka sendiri sedar.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya, tetapi tujuannya adalah dia mahu anda menjadikan lebih baik lagi, bukan untuk dirinya, tetapi untuk anda dan juga masa depan anda.
Kalau lah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik! Dongibab! Kipidap!
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan berkata ‘Tolong Tinggalkan Saya’ atau ‘Leave Me Alone’, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Dan jika dia cari anda, itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan dan adakalanya bersikap terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku pada diri anda.
Kalau lah lelaki tahu
Sememangnya lelaki dan perempuan dicipta dan wujud di dunia ini dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Sekiranya lelaki tahu, perempuan itu diciptakan dengan indah dan unik sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Kalau lah lelaki tahu
Apabila perempuan degil, dia tidak bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, sebenarnya hati perempuan itu sangat lembut. Jika kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar keputusan dan fikirannya dalam masa yang singkat mahupun sesaat. Jaga-jaga!
Walaupun secara dasarnya, perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan boleh membuat lelaki menjadi lemah kerana mereka. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan memberi galakan kepada anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah juga yang bakal menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda di kemudian hari. Kalau lah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mesti hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan akan menjadi lebih baik lagi.
Sumber dipetik dari kakipromo.com