
/wp-content/uploads/2020/05/LOW-GI-FOR-SAYS-01.png)
Kini anda boleh menikmati makanan kegemaran anda tanpa risau lagi! Pengilang makanan beku terkemuka di Malaysia melancarkan Paratha dan Chapatti rendah indeks glisemik (IG) dan kaya nutrisi untuk bulan Ramadan ini.
Kawan Food Berhad, pengilang makanan beku terkemuka kini melancarkan rangkaian produk Indeks Glisemik Rendah (GI) pertama mereka- Paratha Low GI dan Chapatti Low GI – hari ini. Low GI Paratha dan Low GI Chapatti yang pertama ini dilancarkan tepat pada bulan Ramadan dan menawarkan kemudahan bagi penggguna muslim sebagai pilihan juadah bersahur yang mudah lagi berkhasiat.
Produk ini diperkenalkan sebagai versi yang baru dan lebih baik dari yang produk terdahulu iaitu Original Kawan Paratha dan Chapati. Kini dengan kandungan lemak 30% lebih rendah dan nilai Indeks Glisemik Rendah (GI) 53 dan 50. Diperbuat daripada campuran bahan premium yang enak seperti Okra, Lentil dan Fenugreek, produk rendah (GI) ini juga sesuai mengawal tahap glukosa darah dan kenyang lebih lama, tanpa menjejaskan rasa. Formula terbaik ini menjadikan Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti sebagai sumber serat makanan yang sangat baik, kerana dengan sekeping sahaja sudah mengandungi lebih dari 10% pengambilan harian yang disyorkan. Selain daripada itu, karbohidrat rendah yang terdapat dalam Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti membuatkan ia mudah dicerna dan diserap lebih perlahan. Ia juga dapat membantu mengekalkan tahap tenaga dan memberikan anda tenaga yang diperlukan sepanjang hari. Jadi, Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti sangat sesuai untuk menjalani bulan puasa.
“Di Kawan Food, kami ingin memenuhi kehendak rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti, untuk pengguna kami yang peka terhadap kesihatan dan juga untuk mereka yang menghidap diabetes agar dapat menikmati makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau lagi.” Kata Tomithy Tan, Pengarah Urusan Kawan Food Berhad.
“Di bulan Ramadan ini, adalah waktu yang terbaik untuk melancarkan produk ini agar pengguna Muslim memiliki pilihan sahur yang cepat dan mudah.”
Diformulakan untuk pelepasan tenaga perlahan dan dibuat tanpa bahan pengawet tambahan, menjadikan Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti pilihan makanan berkhasiat yang sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja atau sentiasa bergerak aktif. Dengan masa persiapan hanya tiga minit, Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti sangat sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak atau untuk mereka yang mencari hidangan sahur yang cepat dan mengenyangkan.
Kawan Low GI Paratha dan Low GI Chapatti kini boleh didapati di semua pasar raya besar di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian Kawan www.kawanfood.my. Harga runcit Kawan Low GI Plain Paratha ialah RM 6.00 dan Low GI Chapatti RM5.60 seunit dan kedua-duanya juga terdapat dalam bentuk Value Pack.