73280

Kayaraya dari Nerdunit - Suria FM - Segalanya Hiburan

nzp_9170

Sebagai sebuah jenama fesyen tempatan, Nerdunit mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi kapsul bercitarasakan kebudayaan tempatan.

nerdunit-pavilion-rc_0228

Koleksi yang dikenali sebagai #kayaraya itu buat pertama kalinya mendapat kerjasama dengan dua
fesyenista terkenal tanah air, Andre Amir dan Emma Shazleen Ali.

nzp_9052

Andre Amir, merupakan pemenang Esquire Best Dressed Real Man 2016, manakala Emma
Shazleen, pula adalah pemenang Malaysia’s Top Fashion Influencer Asia Award 2017.

nerdunit-pavilion-rc_0158
Koleksi yang dicipta khas sempena Aidilfitri ini tampil dengan jaket dwi gaya, top-T leher panjang,
seluar jogger dan beg selimpang. Kolaborasi istimewa ini diilhamkan dengan pelbagai elemen dan citarasa kebudayaan Melayu seperti Pendekar Melayu, songket dan sebagainya.

nzp_9269

Untuk koleksi ini, Nerdunit mereka cipta semula baju tradisi, Baju Layang kepada citarasa yang
lebih moden. Menggunakan fabrik yang kebiasaannya terlihat pada rekaan ‘bomber jacket’, jaket ini juga
memiliki keserasian umpama bomber jacket tetapi boleh diterbalikkan.

nzp_9240
Pada bahagian bewarna hijau zamrud, jaket ini dihiasi dengan identiti Nerdunit yang dicernakan
pada bahagian lengan menggunakan kemewahan benang emas dan rekaan Pucuk Rebung mewakili kemewahan fabrik songket.

nzp_9115-1

Sesuai digayakan pada bila-bila masa, ia juga boleh diterbalikkan untuk kesesuaian pemakaian pada hari-hari kasual. Diilhamkan dari Baju Melayu Cekak Musang, ia merupakan motif  kukuh yang dapat direalisasikan pada baju kemeja-T. Rekaan ini juga turut menggunakan fabrik baldu lembut yang dihiasi dengan teknik sulaman benang emas bersama-sama tambahan sentuhan keemasan sebagai lambang kemewahan.

nzp_9296
Bagi rekaan seluar jogger, ianya direka mengikut citarasa tradisional yang dicipta khas bagi
pemakaian yang selesa tetapi tetap bergaya. Malah kehadiran dua garis hijau zamrud dan zip emas yang ada pada rekaan seluar panjang ini memberikan impak berbeza berbanding rekaan seluar jogger sedia ada iaitu dengan ada yang kekal mewah dan selesa.

nerdunit-pavilion-rc_0227

Akhir sekali, NerdUnit tampil dengan tas tangan yang diinspirasikan daripada beg genggam ala pendekar. Beg multi-guna ini sememangnya luas, pelbagai keperluan dan tentunya mempersona dengan hadirnya identiti simbol Nerdunit pada tali penggantungnya.

nzp_9201

Harga pakaian keluaran NerdUnit bermula dari RM139 hingga RM299 dan cawangan-cawangan NerdUnit boleh ditemui SS15 Subang Jaya, Parkson, Suria KLCC, Parkson, Pavilion KL, Parkson, Velocity, The Studio, The Gardens, dan di The Starling, UpTown, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk lebih banyak berita tentang gaya dan kecantikan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!