73097

Kebaikan Kulit Lemon Yang Kita Tak Tahu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mesti anda ingat kulit lemon ni tak ada kegunaan kan? Sebab tu anda terus buang je kulit lemon tu ke dalam tong sampah! Tapi lpeas pada ni mesti anda akan memanfaatkan kulit lemon. Tahu tak buah lemon tu selain boleh digunakan untuk mencegah dan merawat masalah kesihatan, kulit lemon tu juga ada peranannya sendiri. Banyak benda yang boleh digunakan sebenarnya.

Nak tahu apa dia? Jom kita terjah keberkesanan kulit lemon!

MASAKAN

  • Lemon zest

Lemon zest tu merupakan bahan yang digunakan dalam kedua-dua hidangan manis dan berperisa. Zest sedikit kulit lemon dan boleh terus gunakannya atau  anda boleh bekukan untuk digunakan kemudian. 

  • Lemon twist dan kiub ais

Anda boleh gunakan alat pengupas sayur-sayuran  atau pisau untuk membuat jalur panjang, potong jauh dari bahagian putih yang agak pahit tu. Lepas tu anda boleh bekukan ia menjadi kiub ais. Lepas dah dibekukan tu, anda boleh letak ke dalam minuman anda. Haaa…cuba buat! Nyaman anak tekak! Bukan tu je, ia juga boleh membuatkan anda menjadi lebih tenang tanpa apa-apa tekanan.

PENCUCIAN

  • Mengawal serangga perosak

Letakkan kepingan-kepingan kecil kulit lemon pada tingkap, pintu, mahupun pada rekahan dan lubang untuk bagi elakkan semut, lipas atau serangga yang menggangu ketenteraman anda. Save duit! Tak payah beli ubat nyamuk.

  • Menyegarkan peti sejuk

Dah nama pun peti ais kan? Mesti buka je peti ais tu, terus terbau ikan, daging, ayam dan macam-macam lagi sampai terus pening! Tapi jangan risau, anda cuba letakkan sedikit kulit lemon di dalam peti sejuk anda. Ia sangat membantu untuk menyerap bau dan membawa aroma sitrus yang menyegarkan.

  • Menghilangkan bau busuk tong sampah

Letak kulit lemon dibawah tong sampah untuk membuang segala bau yang tidak enak daripada mengganggu keselesaan ruang rumah anda.

  • Memberi kesegaran dalam rumah

Kulit lemon yang ditambah ke dalam air menggelegak akan memberikan kesegaran dan haruman yang wangi di sekitar rumah anda. Masukkan ke dalam beberapa bunga cengkih, kulit kayu manis, dan kulit oren. Boleh menambah lagi aroma dan menyegarkan udara sekeliling.

  • Membersihkan cerek

Untuk membersihkan sisa degil dalam cerek teh. Anda hanya isikan cerek dengan air lepas tu tambahkan beberapa keping kulit lemon. Biarkan ia mendidih, kemudian tutup api. Biarkan ia selama satu jam, buang air, dan bilas dengan baik sehingga bersih. Cuba dulu! 

  • Membersihkan papan pemotong

Kulit lemon mempunyai ciri-ciri antibakteria yang hebat untuk pembersihan. Selepas membersihkan papan pemotong anda, gosok permukaan dengan separuh buah lemon. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.

  • Membersihkan microwave

Tambahkan hirisan kulit lemon ke dalam mangkuk yang diisi separuh dengan air. Masak di dalam microwave dengan suhu yang tinggi selama lima minit supaya membolehkan air mendidih dan wap akan melekat di sekeliling microwave. Keluarkan mangkuk panas tersebut dan lapkan kotoran dengan tuala. Tadaaa…!

  • Menyegarkan laci

Keringkan kulit lemon dan letakkannya di dalam uncang kain. Tambahkan juga kayu manis, bunga cengkih, buah pala dan buah pelaga mengikut kesukaan anda. Letakkan dalam laci untuk memberikannya kesegaran semulajadi.

  • Membersihkan peralatan logam

Hanya taburkan sedikit garam laut pada peralatan logam seperti pisau dan sebagainya, kemudian gunakan kulit limau untuk menggosok sebarang kotoran. Lepas tu bilas dan lap! 

Sumber dipetik dari wanista.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!